400 Peminat Juventus Cedera Panik Akibat Letupan

400 Peminat Juventus Cedera Panik Akibat Letupan - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 400 Peminat Juventus Cedera Panik Akibat Letupan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 400 Peminat Juventus Cedera Panik Akibat Letupan
link : 400 Peminat Juventus Cedera Panik Akibat Letupan

Baca juga


400 Peminat Juventus Cedera Panik Akibat Letupan


ROM – Ratusan peminat Juventus cedera akibat dirempuh dan dipijak selepas panik dengan bunyi letupan kuat di sebuah dataran utama Turin, ketika menyaksikan ‘live’ Liga Juara-Juara Eropah.

Media Itali melaporkan, kira-kira 400 orang penyokong kelab bola sepak berkenaan terpaksa dirawat kerana mengalami kecederaan ringan semasa menonton aksi finalbertemu kelab Real Madrid dari Sepanyol.

Sekurang-kurangnya lima orang disahkan sebagai cedera serius termasuk mangsa seorang kanak-kanak lelaki yang berusia tujuh tahun akibat dipijak penonton lain, lapor agensi media Sky TG24.

Beribu-ribu peminat Juventus sanggup berkumpul untuk menyaksikan perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah dari Cardiff, Wales di depan skrin gergasi televisyen di Dataran San Carlo lewat Sabtu.

Ketika separuh kedua perlawanan, kelab tempatan Juventus kalah 1-4 kepada Real Madrid dan beberapa rakaman video menunjukkan kumpulan penonton di bahagian tengah berpusu-pusu melarikan diri.

Ini menyaksikan ada kalangan penyokong terbabit yang tercampak di penghadang manakala ramai peminat kemudian mula melarikan diri daripada tengah dataran itu dengan jeritan ketakutan turut kedengaran.

Pasukan keselamatan Itali turut dikerah mengawal keadaan kerana secara kebetulan pada waktu sama ibu kota London di Britain turut diserang oleh pengganas yang meragut banyak nyawa orang awam.

Situasi panik itu dicetuskan bunyi letupan mercun kuat yang disalah anggap sebagai bom oleh kumpulan pengganas, kata seorang saksi kepada agensi berita antarabangsa Reuters. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel 400 Peminat Juventus Cedera Panik Akibat Letupan

Sekianlah artikel 400 Peminat Juventus Cedera Panik Akibat Letupan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 400 Peminat Juventus Cedera Panik Akibat Letupan dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/400-peminat-juventus-cedera-panik_4.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :