'Semoga Thomas tak dikenang sebagai AG yang lari dari pendakwaan'

'Semoga Thomas tak dikenang sebagai AG yang lari dari pendakwaan' - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Semoga Thomas tak dikenang sebagai AG yang lari dari pendakwaan', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Semoga Thomas tak dikenang sebagai AG yang lari dari pendakwaan'
link : 'Semoga Thomas tak dikenang sebagai AG yang lari dari pendakwaan'

Baca juga


'Semoga Thomas tak dikenang sebagai AG yang lari dari pendakwaan'


Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad mengkritik Peguam Negara Tommy Thomas berhubung keputusannya dalam beberapa kes berprofil tinggi, termasuk tuduhan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan 1MDB.
Dalam kes itu, Thomas yang pada mulanya menjadi ketua pendakwa menarik diri atas sebab tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kes itu ekoran tanggungjawabnya sebagai peguam negara.
Beliau kemudian melantik bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Sulaiman Abdullah untuk menggantikan tempatnya.
"Ini mata pertama oleh Thomas. Tidak pernah dalam sejarah perundangan di Malaysia ada peguam negara mengakui dia tidak dapat berdepan dengan beban tugasnya, sehingga perlu melantik peguam persendirian untuk melakukan pendakwaan.
"Atau, apakah dia takut kerana tiada pengalaman dalam pendakwaan? Kes ini tentunya bukan untuk sesiapa yang baru mahu belajar tentang pendakwaan," katanya dalam satu artikel panjang di blognya hari ini.
Dalam artikel itu, beliau memberikan pandangannya berkenaan tempoh tiga bulan Thomas menjadi peguam negara.
Hamid berkata Thomas diberi lapan bulan untuk menyediakan kes itu, jauh berbeza dengan pendakwa raya biasa yang ada kala diberi tempoh tidak sampai sebulan.
'Peluang yang terlepas'
Katanya, langkah Thomas itu membuktikan pandanganya bahawa peguam persendirian - walaupun cukup ternama - tiada pengalaman dalam mengendalikan pendakwaan atau kertas siasatan.
Sebab itulah peguam negara perlu dilantik di kalangan perkhidmatan perundangan dan kehakiman, katanya.
"Apa-apa pun dia terlepas peluang untuk membuktikan dirinya sebagai pendakwa yang bagus dalam satu kes paling kontroversi dan penting dalam sejarah perundangan Malaysia yang akan dikenang untuk satu tempoh yang panjang.
"Semoga dia tidak akan dikenang sebagai peguam negara yang takut sehingga mengelak daripada mendakwa bekas perdana menteri," katanya lagi.
Hamid juga mengkritik keputusan Thomas yang melantik bekas Hakim Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya bagi menyediakan kertas pendakwaan ke atas kes-kes berkaitan 1MDB.
Ia bermakna, katanya lagi, Sri Ram bertindak untuk menasihati Thomas sama ada wujud kes prima facie terhadap Najib.
Katanya, sangat janggal untuk seorang peguam negara membuat keputusan berdasarkan pandangan orang lain, bukan meneliti sendiri bukti yang ada.
"Dalam kes sepenting itu, orang menjangka peguam negara sendiri akan meneliti kertas sisatan - dengan bantuan pegawai - dan membuat sendiri keputusan."
Paling tidak pun, Hamid berkata tentunya ada pegawai berpengalaman di pejabat peguam negara yang boleh diharapkan - berbanding mengambil peguam luar yang tidak pernah melihat kertas siasatan sepanjang kerjayanya.
'Menjejaskan moral'
Hamid berkata memandangkan Thomas sendiri tidak meneliti kertas siasatan untuk kes berkaitan 1MDB, kemungkinan besar beliau juga tidak akan mengetuai pendakwaannya.
"Dengan melantik Sulaiman dan Sri Ram sebagai pendakwa, Thomas telah menjejaskan seluruh bahagian pendakwaan dan rayuan pejabat peguam negara, dan malah seluruh jabatan itu.
"Seolah-olah tiada tidak yakin terhadap pegawainya yang telah bertugas selama berdekad. Seolah-olah mereka tidak cekap," katanya.
Turut disentuh Hamid adalah beberapa kes lain, termasuk kepal pesiar mewah Equanimity, kes kerajaan Sarawak dengan Petronas dan pembatalan dakwaan terhadap anggota parlimen dan penyokong Pakatan Harapan.
Setakat ini, Thomas lebih dikenali dengan apa yang tidak dilakukannya, bukan apa yang telah dia lakukan," katanya, sambil menambah Thomas berjaya memujuk tiga anggota Majlis Peguam untuk bekerja dengannya tanpa bayaran.
"Kita hanya boleh berterima kasih kepada peguam-peguam ini atas pengorbanan mereka. Apakah mereka akan melakukan perkara sama jika yang tertuduh adalah menteri kerajaan HARAPAN?" soalnya. - Malaysiakini 


Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel 'Semoga Thomas tak dikenang sebagai AG yang lari dari pendakwaan'

Sekianlah artikel 'Semoga Thomas tak dikenang sebagai AG yang lari dari pendakwaan' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Semoga Thomas tak dikenang sebagai AG yang lari dari pendakwaan' dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2018/09/semoga-thomas-tak-dikenang-sebagai-ag.html

Subscribe to receive free email updates: