Judul : DAP HENTAM Tun M dan BERSATU kerana pertahan Melayu dan Bumiputera
link : DAP HENTAM Tun M dan BERSATU kerana pertahan Melayu dan Bumiputera
DAP HENTAM Tun M dan BERSATU kerana pertahan Melayu dan Bumiputera
Dr Boo Cheng Hau berkata ideologi “Bumiputera dan ketuanan Melayu” sebab rakyat terbahagi atas garis perkauman.
Kenyataan tegas PPBM bahawa ia parti berasaskan kaum menunjukkan ia tidak “berpandangan jauh dan tidak ikhlas menempa reformasi demokrasi dalam politik Malaysia,” katanya.
Bekas Adun Skudai itu berkata parti komponen Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP dan Amanah menang majoriti kerusi untuk gabungan itu.
Gabungan ini menunjukkan rakyat, termasuk orang Melayu, menerima pendekatan yang rentas Malaysia dan bukan perkauman untuk reformasi institusi, katanya.
“Kenyataan dari para pemimpin PPBM melanggar manifesto pilihan raya PH dan gagal mencadangkan penyelesaian yang lebih berkesan dan kukuh kepada dilema yang dihadapi negara kerana mereka tidak boleh terima ketuanan Melayu-Bumiputera tidak berkesan dan tidak memulihkan keadaan negara,” katanya dalam kenyataan.
Malam tadi, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan identiti kaum partinya sebagai realistik kerana rakyat terbahagi atas garis perkauman.
Beliau berkata walaupun ia dikritik, hakikatnya semua parti politik memilih calon berdasarkan majoriti kaum di kawasan yang ditandingi.
Tetapi Boo berhujah politik bukan perkauman mesti tidak boleh dikompromi.
Beliau menyeru Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng supaya menggesa sekretariat PH memanggil mesyuarat majlis presiden tergempar untuk membincangkan isu menyahrasiskan politik Malaysia.
Majlis itu patut dapatkan penjelasan Dr Mahathir tentang mengapa PPBM bertegas dengan politik satu kaum.
“Majlis presiden PH patut beri kata dua kepada PPBM untuk kemukakan satu jadual untuk menyahrasiskan agenda ketuanan satu kaum bagi mengelakkan PH menjadi Barisan Nasional 2.0.” - FMT
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel DAP HENTAM Tun M dan BERSATU kerana pertahan Melayu dan Bumiputera
Sekianlah artikel DAP HENTAM Tun M dan BERSATU kerana pertahan Melayu dan Bumiputera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DAP HENTAM Tun M dan BERSATU kerana pertahan Melayu dan Bumiputera dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2018/09/dap-hentam-tun-m-dan-bersatu-kerana.html