(TUN M ADA BILIK KEBAL) Wang di apartmen, Najib jelaskan TERPERINCI kenapa

(TUN M ADA BILIK KEBAL) Wang di apartmen, Najib jelaskan TERPERINCI kenapa - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul (TUN M ADA BILIK KEBAL) Wang di apartmen, Najib jelaskan TERPERINCI kenapa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : (TUN M ADA BILIK KEBAL) Wang di apartmen, Najib jelaskan TERPERINCI kenapa
link : (TUN M ADA BILIK KEBAL) Wang di apartmen, Najib jelaskan TERPERINCI kenapa

Baca juga


(TUN M ADA BILIK KEBAL) Wang di apartmen, Najib jelaskan TERPERINCI kenapa

 

Datuk Seri Najib Razak hari ini menjelaskan secara terperinci mengenai wang yang dirampas oleh pihak berkuasa dalam siasatan ke atas 1MDB dan berkata ia milik Umno dan perlembagaan parti menetapkan presiden bertanggungjawab mengurus dana tersebut.
Bekas perdana menteri itu berkata presiden Umno ditugaskan mengalih dan membuat pembayaran untuk keperluan parti pada masa pilihan raya, dan merupakan satu kelaziman sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir yang kini mengetuai PPBM, merupakan presiden Umno dari 1981 hingga 2013.
Najib berkata Dr Mahathir sendiri pernah mengaku secara terbuka bahawa beliau menyerahkan sebanyak RM1.4 bilion dalam bentuk wang tunai dan saham kepada pengganti beliau Tun Abdullah Badawi.
Sementara itu kata Najib lagi, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mengaku tidak mempersoal amalan dana khas presiden itu kerana ia adalah kebiasaan sejak dahulu lagi.
Beliau juga berkata, Dr Mahathir membina bilik kebal dan peti besi di pejabat perdana menteri dan Seri Perdana untuk menyimpan wang yang digunakan untuk membayar operasi politik dan pilihan raya, termasuk bayaran bil selepas pilihan raya dan operasi cawangan parti.
Selepas BN kalah tidak terjangka dalam pilihan raya lalu, wang tunai yang dikumpul itu dipindahkan oleh pegawai ke sebuah pangsapuri di Pavilion Kuala Lumpur sebagai langkah sementara,” kata beliau.
Sebelum kita sempat membuat keputusan bagaimana untuk mengendalikan wang tunai itu dan sementara menunggu keputusan pemilihan parti siapakah yang akan mengambil alih jawatan presiden, pangsapuri Kuala Lumpur itu diserbu oleh polis dan wang tunai tersebut disita,” katanya di laman Facebook beliau, dan menambah bahawa polis juga tahu wang itu ada di Pavilion kerana permindahan wang dari pejabat perdana menteri oleh pegawai bukanlah satu rahsia.
Kenyataan Najib ini dibuat hampir sebulan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata agensi itu akan menyoal siasat Najib berhubung dakwaan bahawa wang berjumlah RM3.5 juta yang dikatakan diambil oleh pegawai keselamatan yang mengawal pejabat perdana menteri pada malam pilihan raya 9 Mei lepas merupakan milik Umno.
Ahli Parlimen Pekan itu membuat dakwaan tersebut berikutan penangkapan 17 orang terdiri daripada pegawai dan pengawal keselamatan di Jabatan Perdana Menteri atas dakwaan menyalahgunakan wang itu.
Pada Jun lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Amar Singh dilaporkan berkata tidak ada seorang pun wakil Umno tampil untuk menuntut wang yang disita dari sebuah apartmen mewah di Pavilion Residences.
Sebelum itu, beberapa pemimpin Umno, termasuk tokoh veteran parti, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan setiausaha agung Umno ketika itu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendakwa wang tunai sebanyak RM116.7 juta dalam 26 mata wang yang dirampas dari apartmen terbabit adalah milik Umno.
Najib hari ini sekali lagi menegaskan wang itu milik parti berkenaan.
“Umno telah menyediakan barisan peguam untuk berunding dengan pihak kuasa untuk menuntut kembali wang ini,” katanya. - FMT


Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel (TUN M ADA BILIK KEBAL) Wang di apartmen, Najib jelaskan TERPERINCI kenapa

Sekianlah artikel (TUN M ADA BILIK KEBAL) Wang di apartmen, Najib jelaskan TERPERINCI kenapa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel (TUN M ADA BILIK KEBAL) Wang di apartmen, Najib jelaskan TERPERINCI kenapa dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2018/09/tun-m-ada-bilik-kebal-wang-di-apartmen.html

Subscribe to receive free email updates: