Judul : Pengaruh Anime
link : Pengaruh Anime
Pengaruh Anime
Pengaruh Anime
Assalamualaikun hai .
Sekarang ni kau kita tengok banyak gejala sosial yang berlaku especially dalam kalangan remaja . And the recent one kes buli yang melibatkan dua nyawa remaja . I know topik saya ni macam unrelated tapi saya nak bagi kesedaran terhadap orang2 disekeliling yang masalah ni multifactoral . Maybe kita tak boleh nak control semua medium yang ada tapi at least when we aware of this , we could initiate some prevention method. Tapi apa yang saya nak tekankan disini ialah pengaruh anime antara penyumbang besar dalam gejala sosial dan keruntuhan akhlak nowadays . Bukan setakat kpop hollywood drama tv3 pkul 7 .
Kenapa saya kata penyumbang terbesar ? Cuba cek kawan2 lelaki or adik2 lelaki or anak2 lelaki . Saya boleh jamin 8 dari 10 orang yang layan anime . Perempuan pon ada jugak tapi tak ramai dan jarang . Daripada 10 tu maybe 3 or 4 orang yang layan .
Macam mana dorang boleh terjebak ? Faktor paling dekat keluarga . Yes . Maybe dia tengok abang or kakak dia syok tengok anime dia pon nak tengok jugak . Lepastu dia curi2 godek dekat internet pastu dia pon ikut layan . (Happen to me actually). Faktor lain maybe environment , dari kawan2 , tengok dekat tv , majalah dan lain2. Pulak sekarang setiap rumah paling tak mesti ada satu pc or laptop dan wifi . Dunia tanpa sempadan kateko .
Semua sedia maklum yang anime ni sangat femes dan familiar dalam kalangan remaja . Bukan setakat remaja saja yang tengok walhal orang tua pon ada . (my paklong layan one piece hokay). Tapi apa yang menjadi masalahnya bila content dalam anime tu tak ada tapisan dan tak ada age restriction kalau ditonton secara maya (online) . Contoh website yang berlambak dengan anime ni gogoanime , kissanime , 9anime dan macam2 lagi . Website2 anime ni kalau korang nak tengok pon tak payah sign up pon tak apa dan mostly free tak payah bayar . Itu maybe lagi menggalakkan remaja untuk tonton . Dan contentnya juga kadang2 tidak sesuai ditonton untuk bawah 13 or 18 tahun . Contoh scene macam seks scene , religion extrimist , political extrimist , juvenille , gangsterism dan macam2 lagi .
Kenapa tak sesuai bagi mereka ? Sebab bagi saya mereka belum boleh mampu untuk memproses , dan menilai content2 yang ada untuk minda mereka tapis maklumat2 sebegitu. Apa yang lagi merisaukan minda mereka menerima or welcome unsur2 sebegitu tanpa ada aspek denial dalam minda mereka .
Mungkin anda akan kata tak mungkin tapi percayalah kata saya yelah anime kan bawak watak comel2 belaka tak mungkin ada scene2 18 above . Hello guys sekarang tak semua anime macam Doraemon or Crayon Shin Chan yang promote unsur family nilai murni tu sume . Hakikatnya lebih dari itu .I can say that sometimes anime can be even worst from the hollywood movie yang korang duk kata tu punca gejala remaja sekarang . Kalau anda search most horrible scene in anime memang bersepah keluar . Saya yang middle 20s ni pun kadang tak boleh terima ada scene yang terlalu extreme . Pending jap otak nak memproses .
Bukan saya nak kata TAK BOLEH langsung tengok anime or bagi adik2 or anak2 tengok . Boleh TAPI pantau dulu contentnya sesuai atau tidak . Ada je anime yang sesuai untuk ditonton oleh semua golongan umur macam Naruto , Detective Conan , Hibike Eupho , Prince of Tennis , Prince of Stride dan macam lagi2 . Ada je anime yang promote positive attribute macam hardwork , friendship , critical thinking dan banyak lagi . Siapa lagi yang nak pantau dan control anak2 dan adik2 kalau bukan kita sendiri ? Better save than sorry .
So guys , berhati2 lah dalam memilih medium pendidikan untuk anak2 or adik2 agar masalah ini dapat dibendung dan tidak merosakkan akhlak pemimpin masa depan .
Uzumaki Kushina
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sAobLe
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Pengaruh Anime
Anda sekarang membaca artikel Pengaruh Anime dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/pengaruh-anime.html