Judul : Bermalasan di Aidilfitri
link : Bermalasan di Aidilfitri
Bermalasan di Aidilfitri
Salam alaik, selamat berpuasa kepada Admin IIUMC & para pembaca. Terima kasih juga sekiranya tulisan aku ni berjaya tembus untuk disiarkan di IIUMC.
Aku tertarik dengan artikel Tetamu Dirumah Ibu Bapa, sebab perkara yang sama jadi dengan aku, setiap tahun.
Rumah aku rumah famili, disebabkan famili aku tinggal bersama dengan atuk & opah aku, jadi setiap kali musim cuti, terutamanya hari raya, rumah aku jadi Istana Hinggap untuk saudara-mara aku.
(Sebelum ada yang mengata, aku jelaskan dulu, famili aku duduk bersama atuk & opah bukan duduk-duduk sahaja, rumah tu dah dinaik taraf untuk keselesaan & dalam masa yang dapat jaga atuk & opah yang dah uzur.)
Aku sebenarnya memang tak faham. Tak faham dari segi perasaan & tanggungjawab, bila ada segelintir anak-anak yang balik sebagai Raja. Segala perkara nak kena siapkan.
Aku huraikan lah dalam bentuk point, khas untuk kes Aidilfitri :
1. Bab mengemas : Dah tentunya, diorang ni balik selepas tuan rumah dah siap kemas rumah untuk persediaan hari raya.
Tolong memang dah tak, tapi yang jadi teruknya bila orang dah siap kemas elok-elok, bila kau balik anak-anak kau buat sepah, lepas tu kau biarkan tuan rumah ni yang kemas.
2. Bab hubungan : Kau balik raya bukan semata-mata nak bercuti & berehat. Mak dengan ayah kau hidup lagi, tapi kau balik pun seolah-olah kau tak wujud.
Duduk lepak depan TV, berkurung dalam bilik, main handphone 24 jam. Dah la anak-anak kau tak berlayan, mak ayah kau pun kau biar macam tu. Baik tak payah balik.
3. Bab makan/masak : Okay, yang ni bukanlah nak berkira. Tapi hati mana yang tak bernanah kalau kau yang dah berumur, dah ada anak, tapi nak lekat kat dapur pun susah.
Anak-anak kau nak makan, orang lain yang kena hidang. Pening aku setiap kali jadi macam ni. Macam mana lah keadaan korang kat rumah sendiri ?
4. Umum : Pakcik-pakcik, makcik-makcik, sepupu-sepupu. Tulus aku tulis, korang semua dah besar, dah boleh berfikir.
Sementara opah dengan atuk masih hidup, walau berlakon sekalipun, jadilah yang terbaik depan mata diorang. Jangan bagi diorang makan hati.
Aku dengan famili aku bengkek dengan perangai korang takpa, tapi jagalah perasaan atuk dengan opah tu.
Simple je hidup ni.
Kepada pembaca, kalau ada perangai korang yang macam ni, cuba-cubalah untuk ubah. Paling kurang pun korang berlakonlah depan mak ayah, atuk opah korang.
Jangan tukar Aidilfitri yang sepatutnya dipenuhi kegembiraan kepada kesedihan & kebencian.
Semoga sebulan berada didalam madrasah Ramadhan memberi sedikit sinar dalam hidup kita dan menjadi pedoman untuk menempuh 11 bulan mendatang.
Okay,
Selamat Hari Raya kepada semua manusia.
Manusia yang ingin gembira di Aidilfitri
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tydaHD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Bermalasan di Aidilfitri
Anda sekarang membaca artikel Bermalasan di Aidilfitri dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/bermalasan-di-aidilfitri.html