Sekadar Di Pinggiran

Sekadar Di Pinggiran - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sekadar Di Pinggiran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sekadar Di Pinggiran
link : Sekadar Di Pinggiran

Baca juga


Sekadar Di Pinggiran

Sekadar Di Pinggiran

Aku tak tahu nak mulakan macam mana. Aku berusia 30++,berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Alhamdulillah keluarga aku bahagia.

Aku nak cerita pasal anak yang di pinggirkan. Mungkin ini hanya perasaan aku semata mata tapi sebab ia terjadi dari aku kecil berlarutan sehingga umur aku 30++.

Nama aku Amanda. Dalam adik beradik aku agak degil dan keras kepala. Masa kecil aku antara yang paling cemerlang dalam adik beradik. Top student sampai masuk MRSM. Tapi dalam aku cemerlang akademik, aku sering kali merasa ingin lari dari rumah. Masa tu Darjah 3. Aku sering kali cuba toreh tangan sendiri tapi tak jadi. Konon nak bunuh diri. Bukan sebab aku dipaksa belajar, tapi sebab setiap hari aku akan dimarahi oleh Mama kerana bergaduh dengan abang.

Ya, emosi aku terganggu. Seingat aku,mama jarang bercakap lembut dengan aku berbanding abang dan kakak. Mama sering bercakap kasar, dan jarang sekali aku dapat pelukan dan ciuman dari dia. Walaupun dalam pergaduhan tersebut abang aku yang bersalah, Mama tetap marahkan aku. Mungkin hakikatnya aku ni degil, tak dengar kata dan suka menangis. Pernah beberapa kali dalam umur aku 11 tahun mama tak bercakap dengan aku selama seminggu disebabkan aku tak ambil sudu di dapur. Dia nak makan puding di laman rumah, dia minta aku ambilkan sudu di dapur tapi aku degil hanya nak menghadap cerita kartun. Mama menangis teresak esak sambil kata aku anak derhaka. Lepas kejadian tu mama tak bercakap dengan aku selama seminggu. Banyak lagi kejadian kejadian seumpama ni berlaku dalam diri aku seawal aku berusia 9 tahun.

Pernah sekali mama geram sangat pada aku sampai mama cakap kecil kecil taknak mati, dah besar menyusahkan!. Masa tu aku bergaduh dengan abang dan aku menangis. Di sebabkan aku menangis, mama marah dan cakap begitu pada aku sambil siang ikan dalam sinki. Mungkin perangai aku jelik sangat masa kecil sampai mama pun hilang sabar.

Lepas aku ke MRSM hidup aku agak tenang. Seawal 13 tahun aku dah ke asrama berbanding kakak abang yang tinggal dirumah bersekolah harian. Mereka hanya ke asrama semasa tingkatan 4. Masuk ke MRSM ranking kecemerlangan aku jatuh teruk. Manakala abang dan kakak dah selamat menyambung pelajaran ke luar negara. Setiap kali pulang ke kampung mama akan masakkan makanan kegemaran aku. Eh, mama masih sayangkan aku!

Lepas SPM aku hanya ke universiti tempatan. Mama seakan kecewa dengan aku sebab tak ikut jejak langkah abang dan kakak ke luar negara. Mama seorang suri rumah, seorang yang sangat menjaga air muka, sangat menitik beratkan kata kata orang sekeliling.

Habis degree, rezeki aku murah dan terus bekerja di sebuah syarikat oil n gas. Kakak dan Abang dah habis master dan pulang ke Malaysia dan bekerja dengan jawatan yang bagus dan pendapatan yang agak besar.

Tahun 2006 aku berkahwin dan kebetulan dalam pada masa yang sama aku ada masalah di tempat kerja. Aku resign dan dengan redha suami, aku menjadi suri rumah sepenuh masa. Tapi mama sangat kecewa dengan tindakan aku. Dia terkejut aku berhenti kerja dan minta aku cari kerja lain yang bersesuaian dengan kelulusan dan pengalaman yang aku ada. Katanya dia bersusah payah menyekolahkan aku tapi dengan senang senang aku berhenti kerja. Mama malu dengan orang sekeliling yang asyik bertanya kenapa aku berhenti kerja.

Lepas berhenti kerja aku disahkan mengandung dan aku bersalin di daerah kelahiran aku, dekat dengan rumah Mama supaya senang. Kebetulan kakak aku juga bersalin pada minggu yang sama maka mama terpaksa menjaga 2 orang anak berpantang serentak. Waktu ini konflik aku dan mama makin menjadi Jadi. Mama macam nak taknak menjaga aku, dari hari pertama aku keluar hospital dan pulang kerumah mama, dia dah marah marah aku pasal benda yang kecil. Aku stress dan meroyan namun tiada siapa yang tahu aku meroyan. Hari hari aku menangis tanpa sebab, aku menangis dalam bilik dan kunci pintu. Mama masak pun macam nak taknak. Dengan kakak aku dia elok bergurau senda berborak borak tapi dengan aku hanya diam dan bermuka masam. Mungkin masih marah pada aku disebabkan aku seorang suri rumah, berhenti kerja dan entahlah. Nampak stress dia jaga Aku. Mungkin dia stress sebab aku hulur duit tak setimpal dengan dia menjaga aku. Berbanding kakak aku yang mampu bagi Mama beribu ketika menjaga dia pantang. Mungkin juga dia stress sebab perlu menjaga 2 orang berpantang serentak, nak marahkan kakak takut kakak terasa hati maka akulah menjadi mangsa kemarahan.

Lepas habis pantang aku menjalani rutin seperti Biasa. Aku cuba untuk ambil hati mama tapi mama masih Dingin. Aku cuba kekalkan momentum aku menghulurkan duit bulanan setiap bulan walaupun RM50. Aku cuba balik setiap bulan ke kampung. Tapi aku tak mampu untuk telefon mama setiap hari sebab bila aku telefon, mama macam nak taknak cakap dengan aku. Ucapan pertama mama dalam telefon pun agak kasar ye nak apa? Tak pun ye apa dia?. Kalau dengan kakak dengan abang aku mama siap telan air liur dulu untuk betulkan suara dan bercakap sangat lembut.

Lepas setahun bersalin anak pertama, aku disahkan mengandung lagi. Kali ini mama dah sound awal awal untuk tidak berpantang dirumahnya. Dia mahukan aku berpantang sendiri atau berpantang dirumah mertua. Kebetulan juga kakak aku seorang lagi sama sama bersalin pada tahun yang sama. Aku akur dengan cakap mama. Aku berpantang sendiri. Selang beberapa bulan kakak aku bersalin dan berpantang dirumah mama. Mama kata dia kesian dengan kakak aku sebab anak sulung tiada orang jaga. Mama taknak orang lain jaga kakak aku berpantang.

Aku pelik tapi aku pendamkan perasaan kecewa terhadap tindakan pilih kasih mama. Lama kelamaan aku makin nampak sikap pilih kasih mama. Kedua dua kakak aku kalau pulang ke rumah Mama, mereka goyang kaki dan hanya menjadi teman bual mama didapur sambil mama seorang yang masak. Bila aku balik, mama minta aku yang duduk di dapur dan masak. Aku redha dan berdoa kalau itu yang terbaik untuk aku ambil hati mama.

Bila abang aku balik, mama akan buat segalanya untuk abang. Itulah anak kesayangan mama sampaikan mama pernah kata di depan aku, abang kau tidak pernah ada dosa dengan mama seumpama mama memerli aku. Mama seorang yang sangat suka memerli. Pernah satu ketika dia memegang anak aku sambil berkata dah besar perangai jangan tak elok pula di depan aku. Aku terkejut kenapa mama cakap begitu? Motif apa ya? Buruk sangatkah perangai aku sampaikan takut cucunya mengikut perangai aku?

Tiba dikemuncak bila ayah jatuh sakit dan mama hilang arah. Mama seorang yang sangat bergantung pada ayah. Semua 4 daripada 5 anak Mama bekerja. Berpangkat dan berjawatan tinggi. Mana mungkin mereka dapat meluangkan masa membantu mama dan ayah, yang memerlukan seseorang untuk mengatur appointment dengan hospital dan membawa ayah ke hospital apabila ada temu janji. Semua anak mama tinggal di luar daerah maka sukar untuk itu.

Aku ambil keputusan untuk pulang ke kampung dan menjaga ayah. Mama nampak lega dengan kedatangan Aku. Kakak dan abang pula akan pulang ke kampung setiap minggu melawat ayah.

Sepanjang berada di kampung, aku berulang alik ke hospital bersama ayah. Mama semakin menunjukkan tanda tanda berbaik dengan aku. Mama mula bercakap lembut dengan aku. Mama tak lagi menyuruh aku melakukakn kerja kerja memasak bila ada adik beradik lain yang balik. Mama makin sayang pada anak anak aku. Kalau dulu mama kurang ambil tahu dan kurang impress tentang anak anak aku.

Alhamdulillah lama kelamaan hubungan mama dan aku semakin pulih walaupun mama masih membandingkan kedudukan harta kakak kakak, abang dengan aku. Masih membandingkan kereta apa yang kami pakai. Walaupun mama kurang bercerita mengenai aku pada rakan rakan dia dan saudara mara (mungkin masih malu aku tidak bekerja) dan bercerita bangga mengenai kejayaan kakak kakak aku, aku tetap redha dan berterima kasih.

Setidaknya Mama dah mampu menerima dan melayan aku dengan baik pada hari ini.

Kadang kadang aku terfikir, ada tak nama aku dalam doa mama?

Amanda

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2txP5AX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Sekadar Di Pinggiran

Sekianlah artikel Sekadar Di Pinggiran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sekadar Di Pinggiran dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/sekadar-di-pinggiran.html

Subscribe to receive free email updates: