MP DAP HENTAM Tun M :Gaji minimum baru hina 15 juta pekerja

MP DAP HENTAM Tun M :Gaji minimum baru hina 15 juta pekerja - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MP DAP HENTAM Tun M :Gaji minimum baru hina 15 juta pekerja, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MP DAP HENTAM Tun M :Gaji minimum baru hina 15 juta pekerja
link : MP DAP HENTAM Tun M :Gaji minimum baru hina 15 juta pekerja

Baca juga


MP DAP HENTAM Tun M :Gaji minimum baru hina 15 juta pekerja


Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menggesa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad mengkaji semula gaji minimum RM1,050 yang diumumkan semalam, mengatakan Pakatan Harapan perlu melakukan lebih baik.
Wakil rakyat DAP itu dalam kenyataan berkata kenaikan RM50 “menghina 15 juta tenaga kerja di Malaysia”, mengatakan Pakatan Harapan tidak jujur kerana ia bercanggah dengan manifesto pilihan raya gabungan itu.
“Oleh kerana gaji minimum akan disemak setiap 2 tahun, semakan seterusnya akan berlaku pada 2020 dan 2022.
“Dengan kenaikan RM50 tahun ini, mustahil kerajaan boleh naikkan gaji minimum ke RM1,500 dalam tempoh masa 5 tahun ini, seperti yang diikrarkan dalam kempen pilihan raya kami.”
Gaji minimum sekarang ini ditetapkan pada paras RM1,000 sebulan di Semenanjung Malaysia dan RM920 di Sabah dan Sarawak. Paras baru akan berkuatkuasa pada 1 Januari tahun depan dan diseragamkan.
Charles berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad harus menjelaskan kepada rakyat rasional sebalik angka RM1,050 itu.
Ini kerana kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri mendakwa keputusan dibuat selepas mengambil kira cadangan-cadangan Majlis Perundingan Gaji Negara.
Oleh kerana majlis mencdangkan RM1,250, saya menggesa kerajaan mendedahkan laporan majlis itu bersama ramalan kesan pelaksanaan gaji minimum pada RM1,500.
“Memandangkan hujah popular mengatakan gaji minimum lebih tinggi akan menyebabkan syarikat-syarikat ditutup lalu membawa kepada pengangguran, saya juga menggesa kerajaan sediakan bukti dan membuktikan dakwaan-dakwaan itu,” katanya.
Beliau berkata kenaikan “kecil” RM50 itu nampaknya tidak mengambil kira kenaikan harga harga barangan dan perkhidmatan asas.
Beliau mengingatkan syer pendapatan buruh di Malaysia antara yang terendah di dunia.
“Oleh itu gaji minimum RM1,500 pemboleh ubah untuk mencapai syer pendapatan buruh 40% menjelang 2020, tahun di mana Malaysia menyertai negara-negara berpendapatan tinggi.
Di samping itu keluarga berpendapatan rendah akan berdepan lebih banyak kepayahan jika struktur gaji baharu tidak memihak kepada golongan pekerja.
“Oleh itu Dr Mahathir mesti segera mengkaji semula gaji minimum untuk perbaiki, promosi dan melindungi kesejahteraan para pekerja, yang membentuk blok undian terbesar yang memilih PH pada pilihan raya lalu.”
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia turut membidas gaji minimum baru itu, menyifatkan kenaikan RM50 itu “tidak seberapa”.
Kerajaan terdahulu tidak mengambil sebarang langkah memastikan pengagihan kekayaan yang adil dalam kalangan rakyat. Nampaknya sikap kerajaan baru terhadap golongan miskin tidaklah berbeza,” kata Setiausaha Agung J Solomon. - FMT


Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel MP DAP HENTAM Tun M :Gaji minimum baru hina 15 juta pekerja

Sekianlah artikel MP DAP HENTAM Tun M :Gaji minimum baru hina 15 juta pekerja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MP DAP HENTAM Tun M :Gaji minimum baru hina 15 juta pekerja dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2018/09/mp-dap-hentam-tun-m-gaji-minimum-baru.html

Subscribe to receive free email updates: