Timb. Menteri DAP LAWAN Tun M isu ‘tembok China’ Kuantan

Timb. Menteri DAP LAWAN Tun M isu ‘tembok China’ Kuantan - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Timb. Menteri DAP LAWAN Tun M isu ‘tembok China’ Kuantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Timb. Menteri DAP LAWAN Tun M isu ‘tembok China’ Kuantan
link : Timb. Menteri DAP LAWAN Tun M isu ‘tembok China’ Kuantan

Baca juga


Timb. Menteri DAP LAWAN Tun M isu ‘tembok China’ Kuantan


Seorang timbalan menteri menggesa kerajaan berhati-hati menangani tembok kontroversi sepanjang 9km yang dibina syarikat China di satu taman perindustrian di Pahang, beberapa hari selepas Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran struktur itu perlu diruntuhkan.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Ong Kian Ming berkata tembok setinggi 2-3 meter itu dan dibina mengelilingi tanah seluas 3,500 ekar yang dinamakan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) itu “perkara yang sangat kecil dalam rancangan keseluruhannya”.
“Kita perlu faham keadaaan dan apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam semua projek ini supaya kita boleh cari penyelesaian menang-menang untuk semua pihak,” kata ahli jawatankuasa pusat DAP itu kepada pemberita hari ini, selepas lawatannya ke tapak MCKIP semalam.
Terdahulu, Ong memberi penjelasan yang panjang mempertahankan tembok itu, menepis kebimbangan mengenai tembok itu serta mempertahankan sebuah kilang keluli China yang mendirikan struktur itu.
Dulu pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengkritik struktur itu, yang digelar “Tembok Besar China”, sebagai simbol kekuasaan syarikat-syarikat China yang terlibat dalam projek-projek besar di Malaysia bawah pentadbiran bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Selepas Ong mempertahankan tembok itu, Najib hari ini berkata ia jauh berbeza daripada pendirian tegas PH tentang perkara itu, dan menambah ia salah satu daripada banyak isu yang ditimbulkan ahli politik PH, di mana dia terbukti tidak bersalah sejak kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya Mei lepas.
Najib berkata dia dituduh “menjual negara” apabila pemimpin PH mempersoalkan tembok 3 meter yang mengelilingi kilang Alliance Steel milik China di MCKIP.
“Baru saya tahu cara penyelesaian isu ‘jual negara’ ialah dengan merendahkan tembok kilang besi sebanyak 1.2 meter. Mengapa dulu tak beritahu?” kata bekas perdana menteri itu.
MCKIP berkembar dengan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (CMQIP) di Nanning, China.
Firma milik kerajaan China, Guangxi Beibu Gulf International Port Group Co Ltd memegang 49% saham syarikat itu, sementara usahasama kerajaan Pahang, IJM Land dan Sime Darby Property iaitu Kuantan Pahang Holding memegang 51%.
Dr M: Tembok perlu diroboh
Kata-kata Ong itu dilihat bercanggah dengan Dr Mahathir baru-baru ini yang menyeru tembok itu perlu dirobohkan, kerana taman perindustrian tidak patut dilayan seperti “negara asing” dan mesti tertakluk pada undang-undang negara.
“Tiada sesiapa yang pernah melakukan perkara itu. Anda bina taman industri dan anda tidak benarkan rakyat Malaysia masuk. Ini bukan amalan yang kita gunakan. Kita mempunyai ratusan taman industri dan semuanya tertakluk di bawah undang-undang Malaysia,” kata Dr Mahathir kepada Malaysiakini selepas lawatan rasmi ke China bulan lepas.
“Jadi kita perlu robohkan tembok dan semua ini kerana ia salah di sisi undang-undang negara,” katanya.
Tetapi Ong dalam penjelasan yang panjang hari ini mempertahankan tembok itu, mengatakan ia wajar kerana ia melindungi aset “besar”.
Beliau mencadangkan Dr Mahathir mungkin mendapat gambaran yang salah tentang tembok itu semasa melawat tapak itu 10 bulan lalu, ketika tembok itu satu-satunya struktur mengelilingi kawasan yang kosong.
“Oleh kerana sekarang pelbagai bahagian dalam kilang itu sudah terbina, saiz tembok itu rendah berbanding bangunan-bangunan besar dalam kawasan itu,” katanya.
Beliau berkata tembok itu tidaklah sebesar yang digambarkan.
“Tembok terkenal itu mencecah ketinggian maksimum 3 meter tetapi kebanyakannya hampir 2 meter.”
Ong menambah Alliance Steel, yang dikelilingi tembok itu, bersetuju menghantar cadangan ke Majlis Perbandaran Kuantan untuk merendahkan tembok konkrit itu kepada 1.8 meter.
Beliau juga mempertahankan Alliance Steel, mengatakan ia bukan sahaja menyediakan pekerjaan kepada 2,500 rakyat, tetapi juga beri makanan dan penginapan percuma, dan terdapat satu pasaraya milik tempatan beroperasi dalam kilang itu.
Beliau berkata syarikat itu beria-ria menunjukkan penglibatannya dengan rakyat seperti menganjurkan acara Merdeka, tetapi sukar berkomunikasi dengan pihak berkuasa kerana rintangan bahasa.
“Syarikat itu benar-benar mahu memenuhi moto “Di Malaysia, untuk Malaysia” tetapi tidak cukup pandai menyampaikannya secara berkesan,” kata Ong.
Ong hari ini beritahu pemberita bahawa Malaysia harus menghantar isyarat mengatakan ia mengalu-lakukan “pelaburan berkualiti baik”, dan menambah setiap projek harus dinilai berdasarkan merit masing-masing.


Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Timb. Menteri DAP LAWAN Tun M isu ‘tembok China’ Kuantan

Sekianlah artikel Timb. Menteri DAP LAWAN Tun M isu ‘tembok China’ Kuantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Timb. Menteri DAP LAWAN Tun M isu ‘tembok China’ Kuantan dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2018/09/timb-menteri-dap-lawan-tun-m-isu-tembok.html

Subscribe to receive free email updates: