Judul : Berhimpun, beratap kematian selebriti Korea adalah melampau - Mufti Perlis
link : Berhimpun, beratap kematian selebriti Korea adalah melampau - Mufti Perlis
Berhimpun, beratap kematian selebriti Korea adalah melampau - Mufti Perlis
ANTARAPOSKANGAR: Tindakan segelintir remaja Islam yang berhimpun dan meratapi kematian selebriti Korea, Kim Jongh-hyuun, 27, ditegur Mufti negeri, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.
Beliau berkata, perbuatan meratapi atau Niyahah bagi memperingati kematian ahli keluarga adalah dilarang apatah lagi yang tiada kaitan dengan kekeluargaan seperti dilakukan golongan itu.
Kata beliau, menurut pandangan sesetengah ulamak, orang Islam dibenarkan mendengar lagu daripada artis-artis berkenaan tetapi hendaklah dengan syarat-syarat tertentu.
"Namun, walau bagaimanapun ini tidak bererti muslim boleh menjadikan mereka (artis Korea) sebagai idola seterusnya membawa kepada ketaksuban yang melampau.
"Berkabung tidak diizinkan melainkan untuk isteri dan wanita dengan syarat syaratnya. Berkabung kerana artis seperti itu adalah melanggar arahan Nabi Muhammad SAW apatah lagi kerana disebabkan membunuh diri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd. Asri mengulas perhimpunan kira-kira 100 peminat ahli kumpulan Shinee itu yang berkumpul di tepi Sungai Klang dekat Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada Jumaat lali, untuk memperingati pemergian penyanyi kesayangan mereka itu.
Peminat yang kebanyakan dari kawasan Lembah Klang, tidak mengira bangsa itu dilihat meratapi sambil memberi penghormatan terakhir.
Kata Mohd. Asri, dalam hal ini, golongan agama dan ibu bapa haruslah sedar bahawa kejadian meratapi itu merupakan fenomena semasa tentang kegilaan remaja terhadap artis.
"Perkara ini kita perlu tangani dengan pendekatan yang berkesan dan alternatif," katanya lagim
Kim Jongh-hyuun disahkan maut di kediamannya di Cheongdam-dong, Korea Selatan.
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Berhimpun, beratap kematian selebriti Korea adalah melampau - Mufti Perlis
Sekianlah artikel Berhimpun, beratap kematian selebriti Korea adalah melampau - Mufti Perlis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Berhimpun, beratap kematian selebriti Korea adalah melampau - Mufti Perlis dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/12/berhimpun-beratap-kematian-selebriti.html