Judul : Sukar Untuk Mengawal Emosi Ketika Berpuasa,Ini 7 Tips Untuk Mengawal Emosi Anda
link : Sukar Untuk Mengawal Emosi Ketika Berpuasa,Ini 7 Tips Untuk Mengawal Emosi Anda
Sukar Untuk Mengawal Emosi Ketika Berpuasa,Ini 7 Tips Untuk Mengawal Emosi Anda
Di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, kita beribadah dan menjalankan rukun islam yang ke 3 iaitu berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan, berpuasa bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga bahkan merangkumi banyak aspek yang berkenaan dengan "SABAR", kebanyakkan dari kita yang terjerat dengan rutin harian yang agak menekan emosi. Kesesakan lalu lintas, tanggungjawab kerja dan sebagainya sentiasa menjadi ujian yang menuntut kesabaran diri.
Berikut 7 tips ataupun cara mengawal emosi agar hakikat puasa dapat dijalankan dengan baik dan benar.
1. Bertafakur
Salurkan emosi dengan bertafakur ringan yang dapat membuat tumpuan tertuju pada niat Anda untuk berpuasa. Tafakur sedar diri adalah suatu upaya pengendalian diri untuk dapat menghindari segala sesuatu yang berpotensi membuat Anda melakukan hal-hal yang dapat disesali kemudian, termasuk melakukan dosa. Anda dituntut untuk selalu menjaga perilaku selama sedang berpuasa.
2. Tarik nafas untuk menenangkan pikiran
Tarik nafas dalam selama beberapa kali untuk mengatur emosi, kemudian alihkan pikiran dengan membayangkan sesuatu yang menyenangkan agar boleh membuat emosi Anda teralih. Ingatlah akan niat dan tekad Anda berpuasa agar dapat mengendalikan diri dari hawa nafsu dan emosi.
3. Pandai mengatur waktu
Di bulan puasa, kesibukan kebanyakan wanita makin bertambah. Di samping mempersiapkan juadah sahur dan berbuka puasa untuk keluarga, mereka harus pula mula memikirkan persiapan di hari raya. Kegiatan yang padat ini boleh mencetuskan pergolakan emosi. Buatlah skala keutamaan apa yang harus dipersiapkan setiap hari, mingguan dan hingga hari 'lebaran' agar pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan tidak mengganggu emosi Anda.
4. Lakukan peregangan tubuh agar tidak cepat penat
Salah satu cara meregangkan otot adalah dengan regangan sendi dari kepala sampai ke kaki, agar arteri otak terbuka dan oksigen akan dapat lebih bebas memasuki otak melalui pembuluh darah. Peregangan otot dapat meningkatkan tenaga dan meningkatkan tumpuan ketika berpuasa.
5. Mendengarkan muzik/alunan ayat suci Al-Quran
Kebisingan dan emosi lingkungan sekitar seringkali dapat memengaruhi mood Anda juga. Berpuasa membuat Anda harus menahan emosi dan salah satu cara terbaik adalah dengan mendengarkan musik keagamaan, ayat suci Al Quran atau lagu kegemaran yang dapat menenangkan jiwa Anda.
6. Hindari pencetus masalah
Salah satu penyebab timbulnya emosi adalah prasangka buruk terhadap orang lain. Oleh karenanya ubahlah cara Anda berfikir agar sentiasa berpikir positif kepada siapapun termasuk kepada orang yang sering menjadi pencetus negatif emosi di hati Anda.
7. Bersikap diam
Ketika beremosi dan marah, seseorang cenderung mengeluarkan kata-kata yang tidak terkawal. Oleh sebab itu, sebaiknya ubah cara Anda menghadapi kekesalan dengan bersikap diam, agar tidak mengeluarkan pertuturan yang tidak baik apalagi saat sedang berpuasa. Berdoalah kepada Tuhan untuk menenangkan fikiran.
Perlu diingat, emosi itu memenatkankan dan membuat badan menjadi kurang sihat. Jadi bersabarlah Ketika Anda sedang berpuasa. Sedarlah bahwa Anda bukan orang yang sempurna dan selalu minta hidayah dari Yang Maha Kuasa.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sTvBXT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Sukar Untuk Mengawal Emosi Ketika Berpuasa,Ini 7 Tips Untuk Mengawal Emosi Anda
Anda sekarang membaca artikel Sukar Untuk Mengawal Emosi Ketika Berpuasa,Ini 7 Tips Untuk Mengawal Emosi Anda dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/sukar-untuk-mengawal-emosi-ketika.html