Warga Emas Gigih Jual Rebung Untuk Tanggung Hidup Tiga Anak OKU di Kangar

Warga Emas Gigih Jual Rebung Untuk Tanggung Hidup Tiga Anak OKU di Kangar - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Warga Emas Gigih Jual Rebung Untuk Tanggung Hidup Tiga Anak OKU di Kangar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Warga Emas Gigih Jual Rebung Untuk Tanggung Hidup Tiga Anak OKU di Kangar
link : Warga Emas Gigih Jual Rebung Untuk Tanggung Hidup Tiga Anak OKU di Kangar

Baca juga


Warga Emas Gigih Jual Rebung Untuk Tanggung Hidup Tiga Anak OKU di Kangar

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Rezeki itu datang bagi mereka yang gigih berusaha siang dan malam tanpa mengenal erti kegagalan. Bagi mereka yang lebih gemar mencuri atau merampas harta milik orang, mereka patut belajar sesuatu dari makcik ini.



Melalui perkongsian Dr. MAZA di laman Facebook, beliau telah berkongsi kisah tentang makcik si penjual rebung yang gigih berniaga di kaki lima walaupun jam sudah menginjak pukul 12 tengah malam.

Sumber: Facebook

Menurut Dr. MAZA, beliau pada mulanya bertemu dengan anak kepada penjual tersebut yang masih kecil sedang berniaga di hadapan KFC Kangar. Anak ini merupakan anak istimewa, lalu disuruh anak tersebut membawa dia ke ibunya.

Sumber: Facebook

Setelah mereka dipertemukan, Dr. MAZA bertanya,

Adakah makcik mendapat bantuan zakat?” 

Makcik tersebut dengan jujurnya menjawab,

Ya! Makcik ada terima zakat secara bulanan dan bantuan badan kebajikan juga. Cumanya mak cik tidak mahu duduk rumah sahaja sebab ada tanggungjawab tiga anak OKU di rumah.”

Apabila disoal mengenai dari mana makcik ini mendapatkan modal untuk berniaga, dia hanya menjawab,



Makcik cari dan potong sendiri (rebung) dari hutan.” 

Sumber: Facebook

Sebaknya! Dah tua-tua pun masih kuat bekerja.

Dr. MAZA juga mengakui yang dia merasa sedih melihat kesungguhan wanita tua itu berusaha untuk mencari wang yang secukupnya demi menjaga tiga orang anak OKU tanpa meminta-minta kepada orang lain.

Itulah kemuliaan dan itulah ibadah yang hebat.” 

Atas tanda sokongan, Dr. MAZA telah membeli kesemua rebung tersebut dari makcik itu selain dari menghulurkan sedikit sumbangan buatnya. 40 bungkus rebung yang diborong Dr. MAZA akan diberikan kepada masjid yang sudi menerimanya untuk dibuat juadah berbuka puasa.

Sumber: Facebook

Menurut Dr. MAZA lagi, makcik tersebut telah membawa barang jualannya menggunakan sebuah motosikal yang uzur dari Chuping untuk berniaga di situ. Malah tayar motosikalnya juga pecah semalam semasa dia dalam perjalanan pulang. Akibatnya dia terpaksa menolak motosikal tersebut dari jam 12 malam sehingga sampai ke rumah pada pukul 4 pagi. Aduhai! Sabarlah makcik…

Kepayahan makcik tersebut membuatkan Dr. MAZA memutuskan supaya makcik itu menerima zakat tambahan.



Makcik tahu pejabat zakat dekat mana?” 

Tahu!” 

Esok pergi ke situ bagitahu kat kaunter tu mufti suruh makcik mohon zakat tambahan.” 

Bagi Dr. MAZA, orang yang kuat berusaha dan jarang duduk tanpa berbuat apa-apa layak untuk ditambah peruntukan bantuan buatnya. Majlis Agama Islam Perlis akan tambahkan bantuan yang sewajarnya buat wanita tersebut.

Melihat kepada kesusahan dan kesungguhan orang yang seperti ini, menjadikan kita insaf betapa kita tidak cukup bersyukur kepada Allah atas segala kurniaanNya dan betapa sedikitnya ujian yang kita terima,”

– Dr. MAZA.

Perkongsian tersebut rata-rata membuatkan netizen tersentuh dan memuji tindakan Mufti Perlis yang sanggup turun padang dalam membantu golongan memerlukan.

Sumber: Facebook Sumber: Facebook

Semoga urusan makcik ini dipermudahkan. Kegigihannya adalah contoh terbaik buat kita semua. 

Baca: Lelaki Hilang Tangan Tidak Putus Asa, Tetap Bekerja dan Jaga Ibu Yang Terlantar Sakit

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rqlJD9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Warga Emas Gigih Jual Rebung Untuk Tanggung Hidup Tiga Anak OKU di Kangar

Sekianlah artikel Warga Emas Gigih Jual Rebung Untuk Tanggung Hidup Tiga Anak OKU di Kangar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Warga Emas Gigih Jual Rebung Untuk Tanggung Hidup Tiga Anak OKU di Kangar dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/warga-emas-gigih-jual-rebung-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :