Judul : Kemalangan Pelajar Tahfiz: Pemandu Tiada Lesen – Polis
link : Kemalangan Pelajar Tahfiz: Pemandu Tiada Lesen – Polis
Kemalangan Pelajar Tahfiz: Pemandu Tiada Lesen – Polis
KOTA BHARU – Polis Kelantan mengesahkan pemandu kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 55 Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Telekong, Kuala Krai sehingga menyebabkan kematian tujuh pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi Jumaat lepas, tidak mempunyai lesen.
Pemangku Ketua Polis Kelantan SAC Din Ahmad berkata pada awalnya terdapat percanggahan mengenai status pemandu van itu kerana pengurusan maahad berkenaan memberitahu pemandu memiliki lesen tetapi siasatan lanjut mendapati seorang guru pengiring menjadi pemandu gantian.
“Pada hari kejadian, pemandu yang sepatutnya melakukan tugas tersebut telah mengambil cuti dan digantikan dengan pemandu lain (guru pengiring).
Siasatan masih dijalankan kerana kemungkinan ada unsur kecuaian manusia kerana ada saksi memberitahu van yang terbabit kemalangan itu cuba memotong sebuah kenderaan lain dan jika benar, ia pasti dipandu dalam kelajuan tinggi,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.
Jumaat lepas, nahas yang mengorbankan tujuh pelajar maahad itu berlaku ketika sekumpulan 12 pelajar dan dua guru pengiring dalam perjalanan ke Kota Bharu untuk menghadiri program di Madinah Ramadan dekat Stadium Sultan Muhammad IV di sini.
Dalam kemalangan kira-kira 9.40 pagi itu, van yang mereka naiki dikatakan terbabas dan terjunam ke dalam tebing sebelum merempuh rumah penduduk.
Din berkata siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM5,000 dan RM20,000 selain lesen memandu digantung.
Mengulas mengenai seorang pegawai polis yang ditemui mati dengan kesan tembakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh Khamis lepas, Din berkata kes itu masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Beliau berkata sehingga kini siasatan mendapati tiada pembabitan pihak ketiga atau unsur jenayah dan ia lebih kepada kemalangan senjata. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rFyWf9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Kemalangan Pelajar Tahfiz: Pemandu Tiada Lesen – Polis
Anda sekarang membaca artikel Kemalangan Pelajar Tahfiz: Pemandu Tiada Lesen – Polis dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/kemalangan-pelajar-tahfiz-pemandu-tiada.html