Judul : Susah Senang Hidup Mama
link : Susah Senang Hidup Mama
Susah Senang Hidup Mama
Assalamualaikum dan hai semua. Nama aku H , umur 20 dan masih belajar kt salah sebuah ipta di Penang. First of all, thanks to admin sbb sudi post cerita aku kat sini ( kalaulah ). Aku nak cakap yg aku ni suka campur bahasa which is malay + english so pepandailah korang faham apa yang aku cuba luahkan. Cerita aku ni pasal susah senang hidup mama aku start dari dia kecil sampai lah sekarang ( sekarang hidup dia lebih bahagia la dan *tiada maksud nak buka aib sesiapa pun* sbb korang tak kenal aku == ). Cerita ni agak panjang sikit dan aku harap korang yg baca cerita ni tolonglah komen yg murni murni sikit ye.. aku tak minta pendapat cuma nak luahkan isi hati je. So aku intro sikit pasal mama aku. Umur 50+, anak bongsu dalam keluarga ( ada 8 adik beradik kandung dan 3 adik beradik tiri) dan workaholic orangnya.
Mama aku ni jenis pendiam dan pemendam orangnya so mmg susah nak korek cerita daripada dia. Aku tahu kisah dia masa kecil pun disebabkan atok dan makcik aku yg banyak bercerita. So cerita dia cam ni, lepas je mama aku lahir, ditakdirkan tuhan bahawa nenek ( arwah dah sekarang ) dan atok aku ni berpisah sbb kebetulan atok aku ni ada isteri kedua ( atok aku kahwin bini yg kedua sebelum bercerai dgn nenek ) dan masing masing bawa haluan sendiri. Masa atok lelaki keluar rumah, dia bawa sekali 8 orang anak dia ( termasuk adik beradik tiri mama aku ) dan tinggal bersama dgn bini kedua dia ( aku panggil tok ibu ). Atok lelaki ni kaya dan mampu jaga anak anak dia berbanding arwah nenek. So yg tinggal dgn arwah nenek adalah mama aku ( sbb mama aku masih baby lagi time tu ), uncle D dan aunty Zila. Kehidupan mama aku dan dua lagi adik beradik dia kira jauh lebih susah laa berbanding akak dan abg dia yg dijaga oleh atok lelaki.
Masa umur mama aku 6 tahun, arwah nenek aku ada masalah kewangan sikit so arwah nenek terpaksa serahkan 3 anak dia ni kepada saudara mara belah arwah nenek. Kalau serahkan serentak satu family takpe, tapi tiga tiga terpisah. Memang sedih lah mama aku time tu sbb kecik kecik dah terpisah dgn mak sendiri. Tapi arwah nenek buat macam tu bukan tak sayang anak, dia just nak anak dia cukup makan, cukup pakai dan boleh bersekolah macam budak budak lain. Itulah pilihan yg arwah nenek ada dan ada sebab kenapa arwah nenek tak nak bagi kt atok lelaki. Sebab anak anak dia yg pernah tinggal dgn atok lelaki aku semua mengadu tak cukup makan dan kurang kasih sayang daripada seorang bapa ( mungkin disebabkan mereka tinggal dgn mak tiri kan.. dan aku rasa atok terlalu sayangkan bini kedua dia tu sampai dgn anak dia sendiri pun dia garang ). Lagi jahat atok lelaki aku ni, dia siap tak bagi anak anak dia jumpa arwah nenek aku ( aku assume bini kedua dia yg hasut ) dan seriuslahhh.. bile aku dengar cerita ni,mmg aku nak maki je org tua ni tapi aku sabar sbb atok sendiri kan..
So kehidupan mama aku sepanjang duduk bersama keluarga angkat dia okay je tapi biasalah perasaan disisih tu tetap ada. Mama aku selalu diherdik dan diejek oleh kawan kawan sekolah rendah dia sbb tiada mak. Mama aku bukan tiada mak kerana meninggal or sebagainya cuma dia tiada mak kerana kesusahan hidup je. Mama aku kekadang jumpa juga mak dia walaupun sekadar melawat sahaja tapi cukup bagi dia dapat melihat mak sendiri. Atok lelaki hanya menjenguk mama aku beberapa kali je tapi mama aku tetap takut berjumpa bapa sendiri. Mama aku takut yg dia juga bakal dibawa bapa dia untuk tinggal bersama dan terpisah dgn mak sendiri. Selepas tamat sekolah rendah, seperti yg dijangka, atok lelaki nak bawa mama aku dan dua lagi anaknya tinggal bersama dan itu juga atas keizinan arwah nenek. Sebenarnya mama aku tahu yg dia ada lagi kakak dan abang diatasnya cuma dia tak pernah berjumpa. Dan paling tak sangka, kakak dan abang dia yg sebelum ni tinggal dgn atok lelaki pun tak pernah tahu kewujudan mama aku cuma mereka kenal dua orang adik beradik sahaja.
Mama aku memang rasa awkward gile sbb merasakan diri dia tu stranger dalam rumah dan dari awal lagi mama aku merasakan tiada siapa yg suka akan diri dia. Mama aku disisih dan ditindas oleh adik beradik yg lain dan mak tirinya. Dorang pergunakan mama aku. Mereka buat mama aku macam orang gaji dalam rumah tu dan aku rasa mama terlalu baik selalu mengikut kata ( aku dengar part ni mmg buat aku panas hati dan sedih ). Tapi tidak semua adik beradik mama aku jahat, ada yg terima mama aku dan ada suka buli mama aku. Cuma sebagai anak paling bongsu dalam keluarga, dia tiada hak nak bersuara dan meluahkan apa yg terbuku dalam hati dia ( start dari sini aku assume mama jadi pendiam dan pemendam ). Aku tak sanggup nak tulis panjang panjang kesusahan yg mama aku tanggung sepanjang duduk dirumah atok lelaki aku sbb aku memang tak sangka yg benda ni semua terjadi pada mama aku.
Selepas mama aku tamat spm, dia nekad nak tinggalkan rumah dan mencari pekerjaan dgn pakcik dia ( aku assume mama dah tak tahan duduk dalam rumah tu dan untuk pengetahuan korang, mama nak cari kerja luar dan cari duit sendiri sbb sepanjang dia sekolah.. duit belanja dia langsung tak cukup dan kekadang mak tiri dia saja tak nak bagi. Bapa dia langsung tak tahu hal ni dan mak tiri ugut mama aku untuk tak beritahu hal ini ). Mama aku jenis tak reti nak memberontak ( kalau aku lah, mmg dah lama aku ikut kepala sendiri. ) dan dia pun diam je. Kekadang dia tak cukup duit pun sbb akak dia minta, tak pun dia curi duit mama aku. Disebabkan dia tak tahanlah, dia keluar rumah dan kerja jauh ( takde lah jauh mana, dalam negeri yg sama jugak hehe ). Mama aku belajar takat spm je tu pun dia dikira jauh lebih hebat daripada adik beradik dia. Lepas kerja kerani biasa dgn pakcik dia, dia merantau sampai ke Singapura dan bekerja juga sampailah umur lewat 20an. Dia kerja pun bukan duit gaji dia seorang je rase, tu pun dia hantar sikit kat mak kandung dia dan untuk mak tiri dia yg jenis tak reti malu meminta minta duit mama aku ( padahal mama aku tu anak tiri dia je pun ).
Lepas kerja kat SG, mama aku dapat job tetap kt syarikat pengangkutan ( sekarang pun dia kerja lagi, dah 20 tahun kerja kat situ ). Sekarang ni dia still bagi juga duit sikit kat atok lelaki aku ( arwah nenek dah takde time nie ) dan mak tiri dia which is nenek tiri aku, dah berubah perangai sikit but still clingy dgn mama aku. Atok lelaki aku banyak minta maaf dgn mama aku dan mama aku redha je atas apa yg berlaku kat dia sepanjang dia hidup. Mama aku bukan dendam pun cuma dia kurang kasih sayang jelah. Mama aku still sayang dorang semua dan sekarang pun adik beradik dah berbaik baik semula. Kekadang kalau ada cuti umum ke, dorang akan buat gathering, makan makan kat rumah atok lelaki aku. Salah satu reason mama aku boleh berbaik dgn bapa dia adalah melalui abah aku. Kehidupan keluarga mama aku dan abah aku mmg opposite. So sampai sini lah cerita aku pasal mama aku, sorry lah kalau cara penulisan aku ni tak best macam orang lain tapi aku adalah aku hehe ^^ . In sya allah, akan datang.. aku akan cerita kehidupan keluarga bapa aku yg totally opposite dgn mama aku. H
H
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rOR4Ut
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Susah Senang Hidup Mama
Anda sekarang membaca artikel Susah Senang Hidup Mama dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/susah-senang-hidup-mama.html