Anak Yang Tak Diperlukan

Anak Yang Tak Diperlukan - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anak Yang Tak Diperlukan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anak Yang Tak Diperlukan
link : Anak Yang Tak Diperlukan

Baca juga


Anak Yang Tak Diperlukan

Anak Yang Tak Diperlukan

Assalamualaikum to all the reader . Aku amat berharap cerita aku disiarkan. Mohon maaf jika cerita aku ini membuat pembaca semua rasa marah . Aku bukan nak aib kan sesiapa. Cuma aku nak luahkan apa yang aku rasa sekarang ni .

Straight to the point . Aku anak kedua dalam keluarga. Aku ada seorang abang dan dua orang adik perempuan. Yang sorang tu dah sekolah menengah. Aku dibesarkan dalam keluarga yang boleh dikatakan macam air pasang surut. Kadang-kadang orang nampak family aku macam bahagia but actually inside full of pains. Aku tak tahu nak luahkan dekat siapa dan sepanjang aku hidup aku tak pernah nak share my problem dengan sesiapa pun about my family

Aku selalu dapat rasa yang kewujudan aku dalam keluarga aku ni macam nothing. Entah lah . Mak aku selalu bezakan aku dengan anak orang lain dan paling aku tak tahan bila dia bezakan aku dengan other siblings. yes ! I know nampak macam benda kecil je kan ? But its hurt me too much.

Aku taknak tinggikan suara dekat mak. Tapi bila mak selalu marah-marah aku dengan suara samapi semua jiran dengar aku rasa macam aku ni tak layak dipanggil anak. Sedih dia Tuhan je yang tau. Ahh . Mungkin memang aku ni teruk sangat di mata mak.

Adik aku yang sekolah menengah tu selalu dapat pujian. Kadang-kadang kalau mak saudara aku datang rumah then tengok aku tengah syok tidur padahal adik aku tu tengah jemur baju mulalah dia cakap belakang. In real dia tak tahu yang aku dah bermandi peluh buat kerja rumah and that time aku cuma nak rehat sekejap je. Bila balik kampung mak saudara aku duduk puji-puji adik aku depan aku. Dan paling menyedihkan mak aku sekali join sekaki. Aku tak kisah la dia nak puji bagai nak rak tapi tolonglah jangan hina aku. Tengah2 dia puji tu mesti nak bandingkan aku dengan adik aku. Ayat wajib dia mesti ehh..rajin nya lisa. Haa..yang kakak ni tak boleh harap. Pernah sekali tu my cousin datang rumah. Masa tu tengah-tengah borak dia ckp ehhlisa rajin sikitkan dari kau? Kau ni pemalas lah . And i was like who the hell youre want to judge me .. masa tu aku pandang mak aku. Mak aku buat muka donno je. Then cousin aku cakap .. eh , betul lah , umi (mak dia) ckp kau ni pemalas. Mak kau yg ckp dkt umi aku . Allahu . Sampai hati mak ckp macam tu . Aku masa tu dah rasa nak menangis.

Bila time exam memang aku busy gila lah. Dengan class nyaa. Bila balik rumah mak aku marah aku. Cakap aku tak buat kerja rumah. Full packge dgn maki. Aku masatu memang sebak lah dah lah aku baru balik class hampir pukul 7 then balik2 kena marah. Yang aku pelik adik aku yang semua duk cakap rajin tu tengah berseronok jalan-jalan cuci mata dengan kawan dia. Bila dia buat salah mak tak pernah nak maki dia. Kalau marah pun tak lama. Tak macam aku kadang2 sampai tak bertegur. Aku tahu berdosa. Tapi .. mak macam tak pedulikan tu semua. Bila aku nak makan mak mesti cakap .. haaa..tahu pun kebulur. Kalau dah rasa diri tu hebat..tak nak bercakap dengan aku janganlah makan apa yang aku makan. Perit.

Aku tak tahu nak kongsi dekat siapa. Aku cuma boleh pendam je . Aku sedih bila aku tengok parent orang lain. Parents kawan aku semua nya tak macam aku. Aku hidup dalam makian mak aku. Kau tahu benda macam ni lah aku takut sangat. Aku kalau boleh time exam taknak bagi mak aku marah. Tapi.. semua tu musnah. Mak tetap jugak akan maki2. Macam mana aku nak dapat berkat ? Macam mana aku nak cemerlang dalam exam .? Setiap kali exam mesti macam tu. Aku ingat lagi time abang aku exam. Mak aku sampai buat solat hajat apa semua. Tapi bila aku ? Mak tak buat pun. Aku cuba husnuzon . Mak mungkin buat solat hajat tanpa pengetahuan aku. Bila aku ckp esok aku ada paper , mak aku just diam je. Bila abang aku ada paper siap ckp nanti banyakkan selawat apa semua. Sedih tak tau nak cakap.

Mak memang bangga akan abang aku. Abang aku dapat masuk ipta. Mak memang bangga akan adik aku. Adik aku pandai buat kuih sedangkan aku ? Hanya pandai sakitkan hati dia. Anak yang dia banggakan tu kadang2 tak solat. Termasuklah abang aku. Kalau balik rumah cuti sem boleh kira dengan jari berapa kali dia solat. Adik aku tu lagilah .

Aku taknak jadi anak derhaka. Tapi aku stress dengan mak. Mak tak tau apa masalah aku. Dia selalu ckp kau tu apa yang penat sangat dengan belajar. Aku ni lagi penat nak cari duit. Yaa.aku faham. Tapi aku pun manusia. Mak tak tahu apa masalah aku dan dia seakan takpernah nak ambil tahu. You look at my smile and try feel that pains.Walaupun hati aku sedihaku tetap doakan yg terbaik buat mak.

-anak yg tak berguna

Rahsia

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rOBtEs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Anak Yang Tak Diperlukan

Sekianlah artikel Anak Yang Tak Diperlukan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anak Yang Tak Diperlukan dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/anak-yang-tak-diperlukan.html

Subscribe to receive free email updates: