Somalia Yang Tragik: “Lebih Baik Anak Saya Mati…”

Somalia Yang Tragik: “Lebih Baik Anak Saya Mati…” - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Somalia Yang Tragik: “Lebih Baik Anak Saya Mati…”, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Somalia Yang Tragik: “Lebih Baik Anak Saya Mati…”
link : Somalia Yang Tragik: “Lebih Baik Anak Saya Mati…”

Baca juga


Somalia Yang Tragik: “Lebih Baik Anak Saya Mati…”

TIADA pengalaman lebih tragik selain melihat kelegaan seorang ibu setelah melihat anaknya mati setelah tiga bulan menderita dalam kebuluran dan menderita sakit yang tiada bekalan ubat.

Wartawan TV Alhijrah menceritakan pengalaman sedih melihat kanak-kanak berusia dua tahun mati akibat campak. Kematian kanak-kanak ini dianggap lebih baik daripada hidup menderita tanpa rawatan.

Somalia Yang Tragik: “Lebih Baik Anak Saya Mati…”

“Lebih baik mati dari terus sengsara,” kata Samey.

Anaknya Laden Adan antara ribuan kanak-kanak Muslim Somalia yang menderita kelaparan dan sakit berpanjangan tanpa bantuan perubatan.

Laden mati setelah tiga bulan menderita demam campak tanpa ubat dan rawatan

Kematian Laden pada 5 Jun lalu, bagi ibunya, adalah ‘jalan menuju kebahagian’.

Samey, 21 tahun, antara ratusan ibu muda yang sudah putus asa setelah melihat kesihatan anaknya makin teruk dari hari demi hari.

Samey menganggap kematian anaknya sebagai lebih baik daripada hidup dan terus menderita

Bapa Laden, Abdibashir Muhammad, 40, hanya mampu melihat jenazah anaknya terbaring kaku dengan mata terbuka.

Abdibashir masih keliru dan membiarkan jenazah anaknya terbaring kaku semalaman

Laden mati dalam kem usang yang diperbuat daripada ranting kayu dan kanvas buangan di Kem Pelarian Farsolli di Tredish. Satu antara ratusan kem yang didiami enam juta rakyat Somalia yang kebuluran.

Kanak-kanak Somalia diancam maut akibat kebuluran dan penyakit taun, campak dan wabak jangkitan akibat ketiaadaan bekalan air bersih

Suasana hiba apabila Ketua Pegawai Eksekutif, Islamic Relief Malaysia (IRM), Zairulshahfuddin cuba melurut kening jenazah Laden, namun mata kanak-kanak itu tetap terbuka.

“Hari terakhir kami di Somalia,” kata Syafiq: “Ini suasana sangat tragik….”

Jenazah sudah semalaman mati, namun masih terbiar kaku di dalam kem yang berhaba panas. Satu kematian silih berganti bagi kanak-kanak Somalia di bawah usia lima tahun.

“Penyakit bawaan air, taun dan campak menjadi pembunuh utama kanak-kanak,” kata Syafiq melalui pesanan Whatsapp.

Kombinasi kemarau, penyakit berjangkit dan dan ketiadaan akses pada rawatan perubatan menjadikan kanak-kanak menderita pada tempoh lama sebelum maut.

Di Somalia, kanak-kanak yang lahir dan membesar di kawasan yang dikawal al-Shabab tidak dibenarkan mengambil sebarang bentuk rawatan imunisasi.

Justeru, IRM berusaha mewujudkan klinik bergerak dengan fokus memberikan rawatan imunisasi pada kanak-kanak.

Syafiq bersama Zairulshahfuddin serta tiga aktivis IRM, Muhammad Haris Sharim, Sharmiza Husin dan Nor Zafirah Zahari sudah seminggu berada di Mogadishu dalam siri operasi tinjuan lokasi bagi menyalurkan bantuan Tabung Rayuan Afrika Timur yang dilancarkan pada April lalu.

IRM menyumbangkan lebih RM200 ribu hasil derma rakyat Malaysia bagi membantu 18 juta mangsa kebuluran di Somalia, Ethiopia, Sudan dan Kenya.

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qWGhYw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Somalia Yang Tragik: “Lebih Baik Anak Saya Mati…”

Sekianlah artikel Somalia Yang Tragik: “Lebih Baik Anak Saya Mati…” kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Somalia Yang Tragik: “Lebih Baik Anak Saya Mati…” dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/somalia-yang-tragik-lebih-baik-anak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :