Judul : Pengguna Kad MyRapid Perlu Tukar Kepada Kad Baru. Tinggal 25 Hari Lagi!
link : Pengguna Kad MyRapid Perlu Tukar Kepada Kad Baru. Tinggal 25 Hari Lagi!
Pengguna Kad MyRapid Perlu Tukar Kepada Kad Baru. Tinggal 25 Hari Lagi!
Peringatan! Kalau anda pengguna tegar pengangkutan awam MRT dan bas Rapid KL, anda kena bertindak sekarang.
Seperti semua sedia maklum, laluan MRT Sungai Buloh-Kajang bakal dibuka sepenuhnya pada 17 Julai nanti. Maka dengan itu, pihak Prasarana Malaysia meminta pemegang kad MyRapid supaya menukar dan memindahkan baki kad mereka ke kad MyRapid Touch ‘n Go (TnG) yang baru sebelum 15 Julai ini, lapor The Star.
Menurut Prasarana Malaysia, pemindahan kad MyRapid TnG adalah percuma dengan baki di dalam kad yang sedia ada akan dipindahkan ke kad baru. Tawaran ini berlangsung sekarang dan akan berakhir pada 15 Julai nanti.
Buat masa ini, kad MyRapid tiada kemudahan TnG dan ia tidak boleh digunakan untuk MRT kerana tidak sesuai dengan sistem pengurusan tiket yang baru.
Proses pemindahan kad ini sudah bermula 15 Jun yang lalu, melibatkan kad MyRapid biasa dan kad konsesi MyRapid termasuklah untuk warga tua, pelajar dan Orang Kurang Upaya (OKU).
“Untuk pengguna kad biasa MyRapid, mereka boleh menukarnya di Pejabat Perhubungan Pelanggan Rapid KL stesen LRT, Monorail dan transit bas rapid (BRT) kecuali Stesen Abdullah Hukum. Penukaran boleh dibuat pada waktu stesen beroperasi,” jelas jurucakap Prasarana.
Proses pemindahan boleh dilakukan dari jam 6 pagi hingga 11 malam setiap hari.
Untuk maklumat lanjut anda bolehlah lawati laman web MyRapid atau emelkan saja kepada [email protected] Anda juga boleh hubungi Pusat Rapid KL di 03-7885 2525 pada waktu pejabat.
Jangan bertangguh-tangguh! Baik tukar sekarang. 🙂
Baca: Kisah Inspirasi Gadis Berumur 21 Tahun Jadi Kapten Termuda LRT Dapat Kutukan Netizen
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sTKiwW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Pengguna Kad MyRapid Perlu Tukar Kepada Kad Baru. Tinggal 25 Hari Lagi!
Anda sekarang membaca artikel Pengguna Kad MyRapid Perlu Tukar Kepada Kad Baru. Tinggal 25 Hari Lagi! dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/pengguna-kad-myrapid-perlu-tukar-kepada.html