PKR: Panggil Duta Malaysia Pulang Jika Saman DoJ Itu Bersifat Politik !

PKR: Panggil Duta Malaysia Pulang Jika Saman DoJ Itu Bersifat Politik ! - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR: Panggil Duta Malaysia Pulang Jika Saman DoJ Itu Bersifat Politik !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR: Panggil Duta Malaysia Pulang Jika Saman DoJ Itu Bersifat Politik !
link : PKR: Panggil Duta Malaysia Pulang Jika Saman DoJ Itu Bersifat Politik !

Baca juga


PKR: Panggil Duta Malaysia Pulang Jika Saman DoJ Itu Bersifat Politik !

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa mengambil tindakan diplomatik termasuk memanggil pulang duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat jika saman Jabatan Kehakiman (DoJ) AS berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bersifat politik.
Pengarah Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan perlu memandang serius kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan tidak boleh bertolak ansur dengan Washington jika ia cuba mencampuri urusan dalaman negara.
“Oleh itu, dalam mesyuarat Kabinet esok, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta jemaah menteri perlu membincangkan kenyataan peguam negara ini dan segera mengumumkan tindakan diplomatik yang tegas terhadap AS demi mempertahan martabat dan kedaulatan negara.
“Termasuk dengan memanggil duta besar AS ke Malaysia untuk memberi penjelasan, serta mengarahkan duta besar Malaysia ke AS untuk pulang segera ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan.
PKR turut menggesa Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin supaya mengerahkan Pemuda Umno menunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat sebagai membantah campurtangan Washington.
Apandi hari ini dilaporkan berkata tindakan DoJ mengemukakan saman sivil terbaharu untuk merampas tambahan aset AS$540 juta (RM2.3 bilion) yang didakwa diperoleh dengan dana yang digelapkan dari 1MDB bersifat politik.
Ia berikutan DoJ tidak pernah secara rasmi memohon sebarang keterangan atau maklumat lanjut berkaitan saman itu daripada jabatannya, kata Apandi.
“Jika mereka minta adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberi bantuan. Jadi, saya buat rumusan tindakan itu berbaur politik.
“Tindakan DoJ juga dipercayai berdasarkan maklumat yang diberi segelintir pihak dari Malaysia sendiri,” kata Apandi.
PKR yakin peguam negara membuat rumusan sebegitu kerana jabatannya mempunyai maklumat lengkap mengenai 1MDB – termasuk laporan ketua audit negara yang masih dirahsiakan serta pasukan siasatan khas polis.
“Oleh itu, peguam negara perlu segera menerbitkan laporan ketua audit negara tersebut agar orang ramai akan dapat memahami isu 1MDB dan saman DoJ, dan tidak meragui kenyataan yang dibuat peguam negara ini,” kata Fahmi.
DoJ melalui tindakan terbaru yang difailkan di California mahu menyita AS$540 juta (RM2.3 bilion) aset termasuk karya seni, barang kemas dan hak filem yang dibeli dengan dana yang didakwa digelapkan dari 1MDB.
Aset yang disebut dalam tuntutan itu termasuk hak filem ke atas 2 cerita komedi, “Dumb and Dumber To” yang dibintangi Jim Carrey dan “Daddy’s Home” yang dibintangi Will Ferrell. Pembikian filem itu didakwa dibiayai jutaan dolar dari dana pelaburan milik kerajaan itu.
Saman sitaan Julai tahun lepas mahu mendapatkan kembali semua aset termasuk tetapi tidak terhad kepada Hotel Park Lane di New York, sebuah hotel mewah di Beverly Hills, kondominium di New York, jet mewah, karya seni, serta biaya filem Martin Scorcese “The Wolf of Wall Street”, yang dibintangi Leonardo DiCaprio.
Keseluruhan nilai aset yang cuba didapatkan DoJ meningkat kepada AS$1.8 bilion (RM7.7 bilion) dengan tindakan mahkamah terbaru itu.
DoJ mendakwa dari 2009 hingga 2015, lebih AS$4.5 bilion (RM19 bilion) milik 1MDB dilencongkan pegawai tinggi dana itu dan rakan mereka. #sumber


Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel PKR: Panggil Duta Malaysia Pulang Jika Saman DoJ Itu Bersifat Politik !

Sekianlah artikel PKR: Panggil Duta Malaysia Pulang Jika Saman DoJ Itu Bersifat Politik ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKR: Panggil Duta Malaysia Pulang Jika Saman DoJ Itu Bersifat Politik ! dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/pkr-panggil-duta-malaysia-pulang-jika.html

Subscribe to receive free email updates: