Miranda Kerr Serah Barang Kemas Yang Bernilai RM35 Juta Kepada DoJ

Miranda Kerr Serah Barang Kemas Yang Bernilai RM35 Juta Kepada DoJ - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Miranda Kerr Serah Barang Kemas Yang Bernilai RM35 Juta Kepada DoJ, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Miranda Kerr Serah Barang Kemas Yang Bernilai RM35 Juta Kepada DoJ
link : Miranda Kerr Serah Barang Kemas Yang Bernilai RM35 Juta Kepada DoJ

Baca juga


Miranda Kerr Serah Barang Kemas Yang Bernilai RM35 Juta Kepada DoJ


KUALA LUMPUR: Model Miranda Kerr menyerahkan barang kemas bernilai AS$ 8.1 juta (RM35 juta) kepada Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat. Ini berikutan tuntutan DoJ dalam saman sivil yang difailkan di AS berhubung barang kemas, yang diberikan kepada Miranda oleh ahli perniagaan Low Taek Jho, lebih dikenali sebagai Jho Low, didakwa dibeli dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang digelapkan. 

Satu laporan di Australia memetik jurucakap Kerr sebagai berkata model itu menyerahkan barang kemas tersebut kepada ejen kerajaan Jumaat lepas dari peti deposit keselamatannya di Los Angeles. “Sejak siasatan bermula, Miranda Kerr bekerjasama sepenuhnya dan berjanji akan menyerahkan hadiah barang kemas itu kepada kerajaan. 

Beliau akan terus membantu siasatan dengan apa jua cara yang boleh, “katanya. Miranda bukan defendan dalam tuntutan saman sivil itu. Laporan itu berkata DoJ enggan mengulas mengenai pemulangan barang kemas itu.

DoJ memfailkan saman sivil tahun lepas dan awal bulan ini, menuntut aset yang dikatakan dibeli dengan wang yang dicuri dari 1MDB. Barang kemas yang diserahkan Kerr antara aset bernilai AS$ 1.7 bilion yang dikehendaki DoJ. Laporan Australia mengatakan Miranda, seorang warga Australia, bertemu janji dengan Jho Low selama 1 tahun pada 2014. 

Dalam tempoh tersebut, Jho Low menghadiahkan Kerr 4 barang kemas. DoJ memperincikan barang kemas yang diberikan kepada Kerr, dan bagaimana ia berkaitan dengan dana 1MDB. Antara barang kemas itu ialah loket berlian 11.72 karat berbentuk hati, yang dibeli dari penjual barang kemas terkenal Lorraine Schwartz dan loket berlian 8.88 karat. 

Bulan lalu Miranda berkahwin dengan pengasas bersama Snap Evan Spiegel. Sementara itu, Leonardo DiCaprio menyerahkan karya seni yang dihadiahkan Jho Low, yang menurut DoJ dibeli dengan wang yang digelapkan dari 1MDB. DoJ juga berkata isteri “Malaysian Official 1” (MO1) menerima 27 barang kemas, termasuk loket berlian merah jambu 22 karat dan kalung, yang didakwa dibeli dengan dana 1MDB yang digelapkan. 

Beberapa NGO dan parti politik pembangkang menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menyiasat dakwaan itu. 1MDB menafikan sebarang salah laku. Laporan itu menambah 1MDB berkata ia tidak menemui sebarang bukti wangnya digelapkan. #sumber


Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Miranda Kerr Serah Barang Kemas Yang Bernilai RM35 Juta Kepada DoJ

Sekianlah artikel Miranda Kerr Serah Barang Kemas Yang Bernilai RM35 Juta Kepada DoJ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Miranda Kerr Serah Barang Kemas Yang Bernilai RM35 Juta Kepada DoJ dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/miranda-kerr-serah-barang-kemas-yang.html

Subscribe to receive free email updates: