Judul : 'Nyawa tiada ganti'
link : 'Nyawa tiada ganti'
'Nyawa tiada ganti'
Georgetown: “Bukan wang atau penghargaan yang saya minta...cukuplah mereka selamat kerana bagi saya, nyawa tidak ternilai dan tiada ganti,” kata Hassan Baharom, 60, nelayan yang menyelamatkan hampir 10 individu sama ada terjun dari Jambatan Pulau Pinang atau terjatuh ke dalam laut sejak 30 tahun lalu.
Menurut Hassan, separuh daripada mangsa yang diselamatkan berjumpa semula dengannya dan menghulurkan wang namun dia menolaknya secara baik kerana nyawa mereka lebih penting berbanding wang ringgit.
“Biar susah mana sekalipun saya tidak akan menerima wang mereka kerana saya tolong ikhlas selain ia adalah tanggungjawab sesama insan,” katanya yang ditemui di Jeti Batu Uban, di sini.
Hassan berkata, dia mencari rezeki sebagai nelayan sejak 30 tahun lalu, dan sudah menyelamatkan hampir 10 mangsa dengan kejadian terbaru pada Mac tahun lalu apabila seorang lelaki terjatuh ke dalam laut selepas terbabit kemalangan di atas jambatan.
Katanya, dalam tempoh itu, dia melihat lebih 30 kes orang terjun atau terjatuh dari atas jambatan berkenaan dengan 10 daripadanya berjaya diselamatkan manakala selebihnya meninggal dunia.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qQ5i2m
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel 'Nyawa tiada ganti'
Anda sekarang membaca artikel 'Nyawa tiada ganti' dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/nyawa-tiada-ganti.html