Judul : DIROGOL ANAK SENDIRI: IBU SETUJU TARIK KES, TAPI BERSYARAT… ANDA PASTI TERKEJUT BACA SYARATNYA!
link : DIROGOL ANAK SENDIRI: IBU SETUJU TARIK KES, TAPI BERSYARAT… ANDA PASTI TERKEJUT BACA SYARATNYA!
DIROGOL ANAK SENDIRI: IBU SETUJU TARIK KES, TAPI BERSYARAT… ANDA PASTI TERKEJUT BACA SYARATNYA!
Tertuduh ketika dibawa keluar dari kamar mahkamah.
TAIPING – Seorang pekerja kilang dibenarkan ikat jamin RM8,000 selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Taiping atas pertuduhan merogol ibu kandung berusia 49 tahun dalam kejadian 8 Mac lalu.
Lelaki berusia 21 tahun itu minta dibicarakan ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira jam 7 malam pada 8 Mac lalu di rumahnya di Kamunting.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Safiyatun Ahmadun dan tertuduh diwakili peguam, M Kathan.
Pihak pendakwaan sebelum itu memohon mahkamah tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh berikutan tinggal serumah bersama mangsa dan boleh mendekati mangsa.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh dan menetapkan 21 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Kathan berkata, anak guamnya hanya bekerja sebagai buruh kilang dengan pendapatan RM1,100 sebulan dan masih perlu menanggung tiga lagi adik yang berusia 17, 14 dan 12 tahun.
Sementara itu, seorang ahli keluarga tertuduh berkata, ibu mereka bersetuju menarik semula kes berkenaan, namun dengan syarat tidak lagi tinggal bersama.
Katanya, keputusan itu dibuat setelah memikirkan hukuman yang akan diterima tertuduh sekiranya didapati bersalah kelak.
“Dia pasti akan dipenjara lama dan usia ibu juga sudah menjangkau 49 tahun, namun dengan syarat dia tidak lagi tinggal di sini,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, pihaknya belum menerima sebarang permohonan untuk menarik semula laporan yang dibuat.
sumber: sinarharian
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2snR0YM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel DIROGOL ANAK SENDIRI: IBU SETUJU TARIK KES, TAPI BERSYARAT… ANDA PASTI TERKEJUT BACA SYARATNYA!
Anda sekarang membaca artikel DIROGOL ANAK SENDIRI: IBU SETUJU TARIK KES, TAPI BERSYARAT… ANDA PASTI TERKEJUT BACA SYARATNYA! dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/dirogol-anak-sendiri-ibu-setuju-tarik_3.html