KECOH di media sosial sejak semalam apabila sebuah rakaman video memparkan situasi mencemaskan seorang wanita terjun bangunan di sebuah kondominium di Singapura.
Dalam kejadian jam 7 petang di kondominium The Interlace semalam, wanita yang dipercayai warga Myanmar itu dilihat duduk di luar kawasan balkoni kediaman pada ketinggian tingkat 19.
Dalam video tersebut, kedengaran seorang wanita sedang cuba memujuknya untuk membatalkan niat untuk terjun bangunan dalam bahasa Myanmar.
Bagaimanapun, individu terbabit gagal memujuk mangsa yang kemudian bertindak terjun dalam keadaan tangan dan kakinya terbuka sebelum terhempas ke lantai.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu menjerit ketakutan dan lebih mengerikan apabila terdengar bunyi hentakan kuat itu.
Perkongsian video di laman Twitter menjadi bualan hangat netizen dan ada yang menganggap wanita tersebut didera oleh majikannya sehingga memaksa dirinya untuk membunuh diri.
Stomp melaporkan, mangsa yang berusia 25 tahun itu bekerja sebagai pembantu rumah dan polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian tersebut. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t0vYA6
Demikianlah Artikel Ngeri! Rakaman Wanita Terjun Bangunan Tersebar
Sekianlah artikel Ngeri! Rakaman Wanita Terjun Bangunan Tersebar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ngeri! Rakaman Wanita Terjun Bangunan Tersebar dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/ngeri-rakaman-wanita-terjun-bangunan.html