Judul : Nak Cantik Kena Usaha! Ikut Petua Orang Lama Ini Agar Wajah Berseri & Awet Muda
link : Nak Cantik Kena Usaha! Ikut Petua Orang Lama Ini Agar Wajah Berseri & Awet Muda
Nak Cantik Kena Usaha! Ikut Petua Orang Lama Ini Agar Wajah Berseri & Awet Muda
Tiada jalan 'shortcut'nak nampak cantik. Nak cantik memang wajib kena USAHA macam-macam cara yang serasi.Waktu kulit wajah tengah eloklah lagi nak dijaga.
Kalau dibiarkan je tak terjaga, nanti jangan gundah gulana pulak, bila tengok kulit wajah mulai tampak kusam, tak berseri, ada garisan halus, parut jerawat dan jeragat pula jelas kelihatan.Semuanya salah sendiri.
Bila perkara ni berlaku, mulalah segala produk kecantikan diri baru nak dicari untuk atasi masalah ini.
Sebenarnya, nak jaga wajah tak susah mana.Wajah kembali berseri biarpun tanpa solekan boleh saja menggunakan bahan-bahan semula jadi.
Bahkan inilah yang diamalkan oleh orang-orang tua kita satu ketika dulu. Daripada menggunakan bahan kimia, mari kita praktikkan petua mak-mak dan nenek kita. Jom sama-sama kita cuba. Sempat lagi nak amalkan sebelum raya ni. Nak cantik tak??
1. Naikkan seri muka
Guna Air Basuhan Beras
Ketika hendak masak nasi untuk keluarga, simpan air basuhan beras yang ketiga. Cuci muka dengan air basuhan beras sambil selawat tiga kali.Lakukan secara konsisten.
Basuh muka dengan Air Kelapa
Seminggu sekali, cuci muka dengan air kelapa,biarkan kering lalu bilas. Amalan ini bagus untuk naikkan seri muka dan tegangkan wajah tanpa botoks.
Bancuhan Serbuk Kunyit & Madu
Campurkan satu sudu kecil kunyit dan satu sudu besar madu asli. Bancuhan kunyit dan madu ini untuk dijadikan masker muka. Amalkan seminggu sekali. Kesannya, parut jerawat hilang dan muka bersih berseri .
Sapu yogurt asli
Sapu yougurt pada wajah, kemudian biarkan selama 15 minit lalu bilas. Wajah akan tampak gebu, halus mulus.
2. Hapuskan blackhead & whitehead
Bancuh baking soda & jus lemon
Bancuh dua sudu kecil baking soda dan 2 sudu besar jus lemon, kemudian sapu pada kawasan bermasalah terutama sekali pada bahagian hidung dan biarkan dalam 3 minit.
Selepas itu balut kedua-dua jari telunjuk dengan tisu bersih dan picit keluar whitehead & blackhead.Kemudian bilas bersih.
3. Hilangkan tanda penuaan pada wajah
Guna air mawar sebagai toner
Air mawar mengandungi banyak khasiat antaranya mengandungi ada vitamin A,C dan E. Semburkan air mawar pada kulit wajah selepas cuci muka setiap hari. Hasilnya, pori pori muka semakin kecil dan wajah semakin berseri-seri.
INFO EKSTRA!
Tukar cadar dan sarung bantal Sekurang-kurangnya seminggu sekali atau 2 kali sebulan. Ini kerana minyak asli daripada rambut ketika tidur boleh menyebabkan salah satu faktor muka berjerawat.
Ketika mandi, sila pastikan cuci rambut dahulu baru cuci muka. Ini kerana selepas mencuci muka cuci liang pori wajah akan terbuka, kandungan bahan yang ada pada shampoo ketika membilas rambut akan terkena muka.
Sekaligus membuatkan pori wajah tersumbat dan boleh mengakibatkan jerawat.
Selamat Mencuba!
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t03NRL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Nak Cantik Kena Usaha! Ikut Petua Orang Lama Ini Agar Wajah Berseri & Awet Muda
Anda sekarang membaca artikel Nak Cantik Kena Usaha! Ikut Petua Orang Lama Ini Agar Wajah Berseri & Awet Muda dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/nak-cantik-kena-usaha-ikut-petua-orang.html