Judul : Pgw Menteri Rakam Anu Amoi: DITAHAN Polis, Nafsu Tak Puas, Hilang Kerja, Kesian
link : Pgw Menteri Rakam Anu Amoi: DITAHAN Polis, Nafsu Tak Puas, Hilang Kerja, Kesian
Pgw Menteri Rakam Anu Amoi: DITAHAN Polis, Nafsu Tak Puas, Hilang Kerja, Kesian
Polis menahan bekas pegawai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berhubung tindakan merakam bawah skirt seorang wanita yang dipaparkan menerusi sebuah klip video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bertarikh 8 September 2018.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata, lelaki berusia 47 tahun itu ditahan di sebuah restoran di ibu negara kira-kira jam 1 petang tadi.
"Siasatan lanjut terhadap suspek diteruskan mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang sedia ada.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan- Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam masa sama, beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini kerana masih dalam siasatan pihak polis.
"Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan kes ini bolehlah menghubungi ASP Azrizal Khairul Abd Kadir (Pegawai Penyiasat Kanan) di talian 019-2769117 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482233," katanya.
Klip rakaman berkenaan menjadi tular selepas seorang wanita yang juga kakitangan kedai cermin mata membuat laporan polis terhadap suspek yang melakukan tindakan itu ketika wanita berkenaan memeriksa mata Mohd Azis.
Seorang lelaki lain duduk di belakang wanita itu dan kemudian dilihat menggunakan telefon bimbitnya seakan membuat rakaman dari bawah skirt wanita berkenaan.
Insiden berkenaan dikatakan terjadi di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.
Beberapa jam selepas berita berkenaan menjadi tular, Mohd Azis bertindak memecat pegawainya itu setelah mengesahkan rakaman itu benar. - SH
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Pgw Menteri Rakam Anu Amoi: DITAHAN Polis, Nafsu Tak Puas, Hilang Kerja, Kesian
Sekianlah artikel Pgw Menteri Rakam Anu Amoi: DITAHAN Polis, Nafsu Tak Puas, Hilang Kerja, Kesian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pgw Menteri Rakam Anu Amoi: DITAHAN Polis, Nafsu Tak Puas, Hilang Kerja, Kesian dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2018/09/pgw-menteri-rakam-anu-amoi-ditahan.html