Nepotisme? Kami dipilih rakyat, kata Wan Azizah

Nepotisme? Kami dipilih rakyat, kata Wan Azizah - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nepotisme? Kami dipilih rakyat, kata Wan Azizah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nepotisme? Kami dipilih rakyat, kata Wan Azizah
link : Nepotisme? Kami dipilih rakyat, kata Wan Azizah

Baca juga


Nepotisme? Kami dipilih rakyat, kata Wan Azizah


Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menepis tuduhan nepotisme daripada orang ramai yang tidak berpuas hati apabila pilihan raya diadakan untuk suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen.
Ini kerana dirinya dan anak perempuannya, Nurul Izzah, dipilih rakyat untuk menjadi Ahli Parlimen Pandan dan Permatang Pauh.
“Ada masalah? Sebab saya ingat kita dapat undi daripada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas lawatannya di Yayasan Orphancare hari ini.
Nepotisme adalah perbuatan atau amalan yang mementingkan atau melebihkan sanak-saudara dan kawan-kawan sendiri sahaja.
Presiden PKR itu seterusnya berkata sekarang masa sesuai untuk Anwar kembali ke Parlimen selepas haknya dinafikan.
“Dia telah dipenjarakan selama 10, 11 tahun, jadi sekarang apa maksud anda? Anda mahu bercakap mengenai kesabaran?
“Sekarang masa yang sesuai dan dia masih mahu menyumbang. Dia dinafikan peluang untuk berada di Parlimen…ia diambil daripadanya,” katanya.
Kekosongan kerusi Parlimen Port Dickson berlaku selepas penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, meletak jawatan bagi membuka laluan untuk Anwar kembali ke Parlimen.
Pakatan Harapan dilaporkan mempunyai persefahaman iaitu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyerahkan kuasa kepada penggantinya, Anwar, selepas tempoh masa tertentu.
Anwar merupakan pilihan pertama gabungan itu untuk jawatan perdana menteri.
Bagaimanapun, tindakan itu mengundang kritikan termasuk daripada pimpinan PKR sendiri.
Semalam, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mahu Anwar menyatakan pendirian dan menuduh beberapa pemimpin PKR dangkal kerana tidak mengikut saluran betul dalam keputusan mengosongkan kerusi Port Dickson.
Aktivis Siti Kasim pula menyeru pengundi mengajar PKR dan keluarga Anwar kerana ini kali ketiga mereka mengadakan pilihan raya untuk memberi laluan kepadanya.-FMT


Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Nepotisme? Kami dipilih rakyat, kata Wan Azizah

Sekianlah artikel Nepotisme? Kami dipilih rakyat, kata Wan Azizah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nepotisme? Kami dipilih rakyat, kata Wan Azizah dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2018/09/nepotisme-kami-dipilih-rakyat-kata-wan.html

Subscribe to receive free email updates: