Negara tak akan aman jika Bumiputera dipinggirkan, kata Rina Harun

Negara tak akan aman jika Bumiputera dipinggirkan, kata Rina Harun - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Negara tak akan aman jika Bumiputera dipinggirkan, kata Rina Harun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Negara tak akan aman jika Bumiputera dipinggirkan, kata Rina Harun
link : Negara tak akan aman jika Bumiputera dipinggirkan, kata Rina Harun

Baca juga


Negara tak akan aman jika Bumiputera dipinggirkan, kata Rina Harun


Ketua Wanita PPBM Rina Harun berkata Bumiputera harus terus menjadi teras kepada agenda nasional kerana negara tidak akan aman mereka diabaikan.
Beliau berkata agenda Bumiputera sejak sekian lama diberi penekanan kerana ia memberi kesan kepada kestabilan dan kemakmuran negara, maka sebarang pemerkasaan nasional harus mengambil kira perhitungan itu.
“Perkara ini sangat mustahak untuk difahami dengan sebaiknya oleh semua pihak bahawa kita sentiasa menginsafi dan beringat tentang agenda Bumiputera sebagai agenda nasional.
“Sekiranya kaum majoriti Bumiputera dipinggirkan dan merasakan diri mereka tidak terbela, negara ini tidak akan mencapai keamanan dan kestabilan,” katanya dalam ucapan di sambutan ulang tahun ke-2 PPBM di Stadium Malawati hari ini.
Rina berkata semua rakyat akan merasai nikmat dan manfaatnya jika ekonomi Bumiputera terus dibangunkan, seperti sejak Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan.
“Ini kita lakukan bukanlah dengan mengambil atau menidakkan hak sesiapa, tetapi melalui penciptaan kekayaan baru dan penjanaan pertumbuhan ekonomi yang mampan,” katanya.
Lebih 1,000 ahli PPBM hadir ke stadium tertutup untuk untuk sambutan penubuhan parti Bumiputera itu.
Sambutan tersebut bermula seawal jam 4.00 petang dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan daripada wakil PPPM negeri masing-masing dan pertandingan pameran dan khemah jualan terbaik.
Mengulas lanjut, Rina berkata pelbagai instrumen dan institusi telah diwujudkan demi mencapai objektif yang lebih jelas dan berkesan dalam memperkasakan agenda bumiputera. - TMJ


Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Negara tak akan aman jika Bumiputera dipinggirkan, kata Rina Harun

Sekianlah artikel Negara tak akan aman jika Bumiputera dipinggirkan, kata Rina Harun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Negara tak akan aman jika Bumiputera dipinggirkan, kata Rina Harun dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2018/09/negara-tak-akan-aman-jika-bumiputera.html

Subscribe to receive free email updates: