Judul : Demi Islam, Melayu dan Ummah Pas sedia buka pintu
link : Demi Islam, Melayu dan Ummah Pas sedia buka pintu
Demi Islam, Melayu dan Ummah Pas sedia buka pintu
1978 PAS ditendang keluar dari BN yang tikam belakang PAS di Kelantan sehingga PAS hilang kuasa di Kelantan. Geng 13 keluar PAS tubuh Hamim.
1990 PAS bersama S46, bekas UMNO, tubuh Angkatan Perpaduan Ummah, tetapi ada ahli PAS sekitar 10 orang keluar PAS. Ada yang menjadi musuh kpd PAS selepas mereka keluar PAS.
2013 PAS bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, ada ahli PAS yang merajuk tapi tidak keluar parti; penyokong PAS dari kumpulan ISMA alih undi kepada BN.
2014 Kajang Move membawa kepada terbukanya topeng Geng 18 serta IKRAM-JIM dalam PAS yang pro-Anwar dan "melarikan ahli PAS" supaya wala kpd PASMA serta merancang gulingkan pimpinan ulamak dalam PAS pada Muktamarke 61.
2015 Geng 18 serta IKRAM-JIM dalam PAS gagal mendapat undi untuk pegang Jawatan dalam PAS Pusat, lalu keluar PAS dan tubuh PAN. Sekitar 300 ahli PAS keluar masuk PAN dan kerjsama dgn DAP.
2018 BN kalah teruk dalam PRU 14 dan sedia kerjasama dengan PAS sebagai kumpulan pembangkang menentang PH. Dalam PRK Seri Setia dan Port Dickson, PAS sedia kerjasama dengan UMNO untuk lawan PH, maka akan ada beberapa ahli PAS yang keluar PAS, tapi tidak ramai seperti 2015.
Pola ahli PAS keluar PAS dan ahli parti lain keluar dari parti masing-masing bukan suatu perkara pelik dalam politik. TG Presiden PAS pernah berkata: di dalam perjuangan Islam ini, orang lama akan kena ujian dari Allah, orang baru juga akan diuji oleh Allah. Yang sabar dan cekal serta istiqamah akan kekal bersama perjuangan. Yang nak menang cepat, tidak tetap pendirian, dan tidak istiqamah akan hayut dari perjuangan.
Prinsip dan dasar PAS adalah sama dan tidak berubah. Yang halal dan haram tidak berubah. Yang berubah ialah metodologi atau pendekatan. Kerjasama PAS dengan parti lain bukan perkara PRINSIP, tetapi adalah perkara METODOLOGI yang dalamnya ada pelbagai strategi dan objektif yang jelas.
PAS akan tetap buka pintu kerjasama selagaimana ia memenangkan Islam, Melayu dan Ummah. Jika ia merugikan Islam, Melayu, dan Ummah, maka PAS akan putuskan hubungan dengan parti berkenaan. Kayu ukurnya Islam, Melayu dan Ummah.
Bila DAP dan PKR tidak lagi menghormati prinsip dan dasar PAS, tidak menguntungkan Islam, Melayu dan Ummah, malah menyerang PAS, maka kerjasama antara PA dengan parti lain terbatal dengan sendiri.
Jika UMNO mahu kerjasama dengan PAS menentang PH, dan ia menguntungkan Islam, Melayu dan Ummah, maka PAS buka tangan seluasnya untuk taawun/kerjasama dalam perkara yang baik dan bukan maksiat. Ini ialah metodologi yg ada pelbagai strategi . Metodologi dan strategi boleh berubah, tetapi prinsip mengenai Islam dan ajaran Islam tidak perlu berubah.
-Pas Kawasan Pandan
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Demi Islam, Melayu dan Ummah Pas sedia buka pintu
Sekianlah artikel Demi Islam, Melayu dan Ummah Pas sedia buka pintu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Demi Islam, Melayu dan Ummah Pas sedia buka pintu dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2018/09/demi-islam-melayu-dan-ummah-pas-sedia.html