Judul : SPR Serlah "Wajah Sebenar", Bila Menolak Permohonan Suhakam !
link : SPR Serlah "Wajah Sebenar", Bila Menolak Permohonan Suhakam !
SPR Serlah "Wajah Sebenar", Bila Menolak Permohonan Suhakam !
Calon parlimen Pakatan Harapan (PH) Selayang William Leong berkata, bagi menjamin pilihan raya yang bersih dan adil, SPR perlu memainkan peranan yang lebih aktif dengan menjemput pemerhati pilihan raya daripada badan bebas antarabangsa dan tempatan.
“Di sini kita ada Suhakam yang menawarkan khidmat tapi dihalang pengerusi SPR (Tan Sri) Mohd Hashim Abdullah.
“Ini tidak selaras dengan misi SPR untuk menjunjung institusi demokrasi berparlimen dan melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil,” kata William.
Sehubungan itu, beliau menggesa timbalan perdana menteri kerajaan sementara Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjawab pertanyaan umum sama ada SPR layak dianggap mempunyai kredibiliti yang tinggi apabila tidak meluluskan permohonan Suhakam.
William turut mempertikaikan keputusan SPR menjemput pasukan pemerhati daripada negara seperti Kampuchea dan Azebaijan yang menurut majalah The Economist dikenali sebagai regim autoritarian.
Malah tambah beliau, negara Kyrgyzstan dan Azerbaijan juga dirujuk sebagai ‘regim autoritarian bersekutu’ oleh the Freedom House.
“Ini tidak menjadikan Malaysia lebih baik daripada negara-negara tersebut,” katanya. #sumber
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel SPR Serlah "Wajah Sebenar", Bila Menolak Permohonan Suhakam !
Sekianlah artikel SPR Serlah "Wajah Sebenar", Bila Menolak Permohonan Suhakam ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SPR Serlah "Wajah Sebenar", Bila Menolak Permohonan Suhakam ! dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2018/04/spr-serlah-wajah-sebenar-bila-menolak.html