Zahid Hamidi: Tarikh Pembebasan Anwar Ibrahim 8 Jun Ini, Boleh Di Ubah

Zahid Hamidi: Tarikh Pembebasan Anwar Ibrahim 8 Jun Ini, Boleh Di Ubah - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid Hamidi: Tarikh Pembebasan Anwar Ibrahim 8 Jun Ini, Boleh Di Ubah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid Hamidi: Tarikh Pembebasan Anwar Ibrahim 8 Jun Ini, Boleh Di Ubah
link : Zahid Hamidi: Tarikh Pembebasan Anwar Ibrahim 8 Jun Ini, Boleh Di Ubah

Baca juga


Zahid Hamidi: Tarikh Pembebasan Anwar Ibrahim 8 Jun Ini, Boleh Di Ubah


KUALA LUMPUR: Putrajaya hari ini mengesahkan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan dari penjara pada 8 Jun, iaitu tarikh ditetapkan Jabatan Penjara.

Dalam jawapan bertulis kepada Gooi Hsiao Leung (PKR-Alor Setar), Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata tarikh pembebasan itu berdasarkan Akta Penjara 1995 dan Peraturan-Peraturan Penjara 2000, yang membolehkan Anwar dibebaskan lebih awal selepas remitan 1/3 daripada tempoh hukuman.

Tetapi Zahid berkata tarikh itu boleh diubah.

“Bagaimanapun, hukuman dan tarikh pembebasan banduan boleh berubah jika banduan melakukan kesalahan tata tertib penjara, menyebabkan pelucuthakan remitan bawah Peraturan-Peraturan Penjara 2000,” kata Zahid dalam jawapan bertulis itu.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015 mengekalkan sabitan berhubung kesalahan dituduh meliwat meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Pada 7 Januari lepas, Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar mengesahkan Anwar akan selesai menjalani hukuman penjara 5 tahun pada 8 Jun 2018, berdasarkan Seksyen 44 Akta Penjara 1995 serta Peraturan 43(1)(a) Peraturan-Peraturan Penjara 2000.

Tarikh pembebasan Anwar adalah pada 10 Jun 2018 yang jatuh pada Ahad, jadi beliau boleh dibebaskan pada 8 Jun 2018 iaitu hari bekerja. #sumber


Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Zahid Hamidi: Tarikh Pembebasan Anwar Ibrahim 8 Jun Ini, Boleh Di Ubah

Sekianlah artikel Zahid Hamidi: Tarikh Pembebasan Anwar Ibrahim 8 Jun Ini, Boleh Di Ubah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zahid Hamidi: Tarikh Pembebasan Anwar Ibrahim 8 Jun Ini, Boleh Di Ubah dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2018/03/zahid-hamidi-tarikh-pembebasan-anwar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :