Tragedi Memali: Polis boleh jawab, tak perlu RCI

Tragedi Memali: Polis boleh jawab, tak perlu RCI - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tragedi Memali: Polis boleh jawab, tak perlu RCI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tragedi Memali: Polis boleh jawab, tak perlu RCI
link : Tragedi Memali: Polis boleh jawab, tak perlu RCI

Baca juga


Tragedi Memali: Polis boleh jawab, tak perlu RCI

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang bekas peguam negara menyifatkan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berkaitan peristiwa Memali, bukanlah satu keperluan.
 
Sebaliknya menurut Tan Sri Abu Talib Othman, pihak polis sepatutnya mengambil tanggungjawab berkenaan dengan memberi penerangan kerana mereka berada di lokasi ketika kejadian berkenaan berlaku.
 
"Mengapa (kita) mahu RCI sedangkan ia peristiwa bertahun yang lalu, ia sudah jadi sejarah.
 
"Jika ada pihak yang lebih tahu, ia adalah polis di lapangan. Mengapa ketua polis negara (IGP) tidak berkata apa-apa? Mereka sepatutnya menyatakan kebenaran.
 
"Mengapa polis tidak tampil menceritakan sepenuhnya apa yang berlaku di lapangan, mereka tahu tentangnya," katanya dalam satu sidang media hari ini.
 
Peristiwa Memali kembali hangat selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkannya di mesuarat agung pertama PPBM minggu lalu.
 
Dr Mahathir menyalahkan mufti yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap insiden berkenaan, ekoran gagal menegur PAS sehingga membuahkan Amanat Hadi sekaligus mencetuskan peristiwa berdarah itu.
 
Tahun lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak menolak kemungkinan akan menubuhkan RCI bagi menyiasat perkara itu.
 
Menegaskan yang pihak yang bertanggungjawab terhadap insiden itu perlu dibawa ke muka pengadilan, Abu Talib berkata polis patut melakukan siasatan.
 
"Mereka yang mengendalikan keadaan. Mengapa politikkan isu itu sekarang...kita mahukan keamanan dalam negara. Kita ada undang-undang, dan kita semua setara di bawah undang-undang," katanya.
 
PAS berulangkali mendesak penubuhan RCI bagi menyiasat peristiwa yang mengorbankan empat anggota polis dan pemimpin PAS Kedah Ibrahim Libya beserta 13 pengikutnya di Kampung Memali di Baling, Kedah



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Tragedi Memali: Polis boleh jawab, tak perlu RCI

Sekianlah artikel Tragedi Memali: Polis boleh jawab, tak perlu RCI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tragedi Memali: Polis boleh jawab, tak perlu RCI dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2018/01/tragedi-memali-polis-boleh-jawab-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :