Judul : Enam lelaki larikan lapan dulang barang kemas di Rawang
link : Enam lelaki larikan lapan dulang barang kemas di Rawang
Enam lelaki larikan lapan dulang barang kemas di Rawang
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Polis memburu enam lelaki dipercayai terlibat melarikan kira-kira lapan dulang barang kemas dianggar bernilai hampir RM1.5 juta dari sebuah kedai emas dalam sebuqh pasar raya besar di Rawang, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Tey Kong Seng berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, empat daripada enam lelaki terbabit bersenjatakan dua objek menyerupai pistol, sebilah parang dan tukul besi.
Katanya, suspek yang memakai topi keledar dan berbaju hitam menyerbu masuk ke kedai berkenaan sebelum memecahkan kaca meja pameran dan melarikan barang kemas tersebut.
“Siasatan awal mendapati, kesemua suspek menunggang tiga buah motosikal sebelum empat daripada mereka masuk ke dalam kedai yang terletak di tingkat satu bangunan pasar raya besar terbabit.
“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Enam lelaki larikan lapan dulang barang kemas di Rawang
Sekianlah artikel Enam lelaki larikan lapan dulang barang kemas di Rawang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Enam lelaki larikan lapan dulang barang kemas di Rawang dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/12/enam-lelaki-larikan-lapan-dulang-barang.html