Annuar Musa kembali ke MARA hanya khabar angin

Annuar Musa kembali ke MARA hanya khabar angin - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Annuar Musa kembali ke MARA hanya khabar angin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Annuar Musa kembali ke MARA hanya khabar angin
link : Annuar Musa kembali ke MARA hanya khabar angin

Baca juga


Annuar Musa kembali ke MARA hanya khabar angin

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Desas-desus bahawa bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa akan kembali memegang jawatan dalam Syarikat Pelaburan MARA Berhad (PMB) adalah tidak benar.

Pengerusi Mara Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata setakat ini beliau tidak menerima sebarang arahan rasmi berhubung perkara itu.

“Mungkin ia hanya ‘rumors’ (khabar angin)… semuanya hanya desas desus kerana secara rasminya tidak ada,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Polisi Perlindungan
Pemberi Maklumat Mara dan Ikrar Bebar Rasuah (IBR) di sini, hari ini.

Pada 31 Jan lepas, MARA menggantung tugas anggota Parlimen Ketereh itu sebagai pengerusi Mara dan PMB bagi membolehkan audit dalaman agensi itu menyiasat isu penajaan PMB dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola sepak Kelantan.

Pada 3 Feb lepas, Annuar memberi maklumat bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa sebagai pengerusi MARA.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata SPRM telah melengkapkan siasatan kes Annuar berhubung isu penajaan PMB dan UniKL untuk pasukan bola sepak Kelantan beberapa bulan lepas.

“Kertas siasatan telah siap dan telah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan belum ada lagi keputusan.

“Pihak MARA sendiri ada melakukan siasatan dalaman dan tindakan siasatan sudah diambil jadi tunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Dalam pada itu, Azam berkata majikan yang mengenakan tindakan tidak wajar seperti buang kerja ke atas pekerjanya boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perlindungan Pemberi
Maklumat 2010 iaitu membayar pampasan, mengambil pekerja terbabit bekerja semula atau boleh didakwa di mahkamah.

Terdahulu, kira-kira 600 kakitangan Mara melafazkan IBR dalam usaha menggerakkan kesedaran seluruh pimpinan dan warga Mara tentang pentingnya menolak amalan rasuah dan salah guna kuasa.
Turut hadir, Ketua Pengarah Mara Datuk Azhar Abdul Manaf.–Bernama



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Annuar Musa kembali ke MARA hanya khabar angin

Sekianlah artikel Annuar Musa kembali ke MARA hanya khabar angin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Annuar Musa kembali ke MARA hanya khabar angin dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/12/annuar-musa-kembali-ke-mara-hanya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :