Judul : PPBM mungkin beri nama baru pada Pemuda, kata Dr M
link : PPBM mungkin beri nama baru pada Pemuda, kata Dr M
PPBM mungkin beri nama baru pada Pemuda, kata Dr M
Pengerusi PPBM berkata demikian selepas JPPM mendapati 'Angkatan Bersatu Anak Muda' tiada terkandung dalam perlembagaan parti.
PUTRAJAYA: Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berkata parti itu berkemungkinan akan menukar nama sayap Pemuda parti itu selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mendapati “Angkatan Bersatu Anak Muda” (Armada) tidak terkandung dalam perlembagaan parti.
“Kita akan lihat mengenai perkara itu,” kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas program bual bicara di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
“Tukar Armada kepada ‘fleet’ atau sesuatu seperti itu,” tambahnya.
Ketua Pengarah JPPM Surayati Ibrahim berkata penggunaan istilah yang tiada dalam perlembagaan melanggar perlembagaan parti itu sendiri dan Akta Pertubuhan 1966.
Justeru, kesalahan ini dilihat berat dan boleh menyebabkan pendaftaran sesebuah pertubuhan dibatalkan, katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata sehingga ini JPPM belum meluluskan pindaan perlembagaan PPBM, yang menggunakan Armada untuk jawatankuasa Pemuda PPBM.
Bagaimanapun, katanya, siasatan masih diteruskan bagi meneliti isu tersebut.
Surayati berkata JPPM sebelum ini menerima aduan daripada sebilangan ahli PPBM termasuk ahli Pemuda yang dipecat serta aduan daripada ahli lain yang bertanyakan mengenai status pengurusan PPBM kerana mesyuarat agung sehingga kini belum dilaksanakan.
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel PPBM mungkin beri nama baru pada Pemuda, kata Dr M
Sekianlah artikel PPBM mungkin beri nama baru pada Pemuda, kata Dr M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PPBM mungkin beri nama baru pada Pemuda, kata Dr M dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/11/ppbm-mungkin-beri-nama-baru-pada-pemuda.html