Pegawai kanan APMM Kota Kinabalu antara tiga ditahan SPRM

Pegawai kanan APMM Kota Kinabalu antara tiga ditahan SPRM - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pegawai kanan APMM Kota Kinabalu antara tiga ditahan SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pegawai kanan APMM Kota Kinabalu antara tiga ditahan SPRM
link : Pegawai kanan APMM Kota Kinabalu antara tiga ditahan SPRM

Baca juga


Pegawai kanan APMM Kota Kinabalu antara tiga ditahan SPRM

Ruzaini Zulkepli, Astro Awani
Pegawai kanan APMM Kota Kinabalu antara tiga ditahan SPRM
Pegawai kanan APMM Kota Kinabalu ditahan SPRM bagi membantu siasatan rasuah berkaitan kes kemasukan bot nelayan asing ke Sabah.
 
 
KOTA KINABALU: Seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu antara tiga yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah bagi membantu siasatan berhubung kes kemasukan bot nelayan asing ke negeri itu.

Selain pegawai kanan berusia 45 tahun itu, seorang pegawai penyiasat, 53, dan seorang pegawai, 39 tahun agensi penguatkuasaan terbabit turut ditahan selepas SPRM memperoleh perintah reman di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pagi ini.
 
Majistret Afiq Agoes memerintahkan pegawai kanan itu direman enam hari bermula hari ini manakala dua lagi dikenakan tempoh reman lima hari.

Pegawai SPRM, Mohd. Faliq Basiruddin ketika ditemui di pekarangan mahkamah berkata, ketiga-tiga mereka disiasat mengikut Seksyen 17 A Akta SPRM 2009.

"Siasatan ini adalah berkaitan aktiviti rasuah hingga menyebabkan nelayan asing memasuki perairan negeri ini," katanya.

Difahamkan satu sidang media akan diadakan di Putrajaya oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM; Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Ketua Pengarah APMM; Laksamana Madya Maritim Datuk Zulkifili Abu Bakar hari ini. 
 
 


Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Pegawai kanan APMM Kota Kinabalu antara tiga ditahan SPRM

Sekianlah artikel Pegawai kanan APMM Kota Kinabalu antara tiga ditahan SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pegawai kanan APMM Kota Kinabalu antara tiga ditahan SPRM dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/11/pegawai-kanan-apmm-kota-kinabalu-antara.html

Subscribe to receive free email updates: