Pas bersama rakyat hadapi krisis keyakinan melalui Pilihan Raya

Pas bersama rakyat hadapi krisis keyakinan melalui Pilihan Raya - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pas bersama rakyat hadapi krisis keyakinan melalui Pilihan Raya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pas bersama rakyat hadapi krisis keyakinan melalui Pilihan Raya
link : Pas bersama rakyat hadapi krisis keyakinan melalui Pilihan Raya

Baca juga


Pas bersama rakyat hadapi krisis keyakinan melalui Pilihan Raya



Pas bersama rakyat hadapi krisis keyakinan melalui Pilihan Raya

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpendirian parti itu akan terus menghadapi krisis keyakinan rakyat terhadap pemimpin dan masa depan negera hanya melalui pilihan raya.

Beliau berkata, Pilihan Raya Umum (PRU) adalah mahkamah rakyat. Apabila Kerajaan menjadi pihak yang dituduh. Pembicaraannya memerlukan pengakuan secara rela hati yang penuh keinsafan dan keterangan saksi yang adil, serta bukti-bukti benar yang membantunya.

Pas katanya lagi tidak boleh bersama kerajaan yang dituduh, sehinggalah dibuktikan bersihnya atau kesalahannya.

Kaedah Kehakiman Islam yang dipakai oleh barat, menetapkan pihak yang dituduh masih bebas dan tidak boleh dihukum bersalah, selagi tidak dibuktikan kesalahannya oleh mahkamah, bukan oleh media tanpa sempadan.

Pas juga tidak boleh terus berpihak sebelum dibuktikan bersihnya, khususnya dalam keadaan yang bergelumang dengan salah laku dan kelemahan urus tadbir yang telah diwarisi sejak pemimpin yang dahulu dan terdahulu.

Sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan semalam yang meluluskan struktor dan logo untuk didaftarkan kepada RoS.
Barisan kepimpinan Pakatan Harapan yang kini dianggotai PKR,DAP,AMANAH dan Bersatu.

Bahkan katanya lagi, parti itu juga tidak boleh memberi harapan kepada Pakatan Harapan (PH) yang menjadi pendakwa atau yang mengaku menjadi peguam kepada mangsa kezaliman, kerana di dalamnya juga ada para pemimpin penyangak yang dahulu dan terdahulu bersekongkol dengan punca masalah negara, dan tuduhan sama yang bertali arus laksana mata rantai atau biji tasbih yang dibilang setiap kali berwirid.

“Di sana pula ramai kalangan yang tidak boleh menjadi saksi yang adil mengikut perhitungan Islam yang menjadi pegangan Pas.

“Pas percaya bahawa rakyat yang mahu menjadi hakim yang adil melalui pilihan raya itu sedang menghadapi krisis keyakinan bagi menentapkan hukumannya kepada siapa hendak dihukum atau dipersalahkan.

“Dalam keadaan penyakit politik wang yang menimpa rakyat dan menimpa Umno yang sedang memerintah, yang dimulakan oleh pemimpin terdahulu dan selepasnya dan kini tidak mudah untuk diubati, namun tidak ada penyakit yang tidak ada ubat yang wajib dicari selagi belum mati, maka ikhtiar hendaklah diteruskan,” ujarnya dalam tulis kolum di Harakah Daily hari ini.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berpandangan Ahli Parlimen Tambun Datuk Ahmad Husni Hanzalah,telah menggambarkan betapa krisis keyakinan berlaku sehingga beliau meletakkan jawatan daripada Kabinet.

” Ini kerana ada masalah dalam kerajaan sejak dahulu dan betapa saksi yang fasik atau yang tidak nyata adilnya menjadikan beliau tidak boleh dipancing oleh pembangkang yang bertemakan Pakatan Harapan, yang tidak boleh diberi harapan.

“Namun, beliau bersikap mengikut konsep demokrasi yang sihat dengan menjadi anggota kerajaan yang memberi nasihat, dan masih ada lagi orang sepertinya di dalam kerajaan, namun tidak mahu menjatuhkan kerajaan dengan cara yang tidak bersopan,” ujarnya.

Adul Hadi berkata, berbeza dengan Pas yang menjadi pembangkang yang menasihat, namun sama-sama berpegang kepada konsep nasihat di mana sahaja seseorang itu berada yang mana beliau memetik sebuah hadis Rasulullah saw yang bersabda:“Agama itu nasihat”. Kami (para sahabat) bertanya: “Untuk siapa?” Sabda Baginda S.A.W: “Bagi Allah, Rasul-Nya, Kitab-Nya, hak para pemimpin dan masyarakat umum” (Hadis Riwayat Muslim).

Katanya lagi, walaupun demokrasi barat yang bermoral menunjukkan perubahan boleh berlaku seperti di mana-mana negara yang mengubah kerajaan melalui PRU yang bersih, namun perubahannya sangat rapuh yang sekadar mengubah pemimpin dan parti pemerintah.

“Konsep barat itu tanpa aqidah beriman kepada Allah, Hari Akhirat dan perhitungan dosa dan pahala, menjadikannya sangat rapuh sehingga tidak boleh bertahan lama, apabila yang mengambil alih kuasa pemerintahan mengulangi perkara yang sama atau lebih parah lagi.

“Di sinilah Allah memberi petunjuk betapa perlunya perubahan pemikiran yang salah dengan kembali kepada kebenaran dan mengubah tindakan yang zalim kepada yang adil, daripada akhlak yang keji kepada akhlak yang mulia. Firman Allah: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” (Surah Ar-Ra’d: 11)

“Maka Rasulullah saw yang menafsirkan Al-Quran secara amali dengan memulakan dakwah dan politiknya mengajak kepada perubahan peribadi supaya menerima Islam. Baginda S.A.W melaksanakannya melalui ucapan, perbincangan dan perutusan yang dihantar kepada raja-raja dan para pemimpin dengan menyebut ayatnya: “Terimalah Islam (dengan beriman dan beramal) nescaya kamu selamat.”

Katanya lagi, tindakannya tidak merampas kuasa dan menurunkan takhta sewenang-wenangnya. Sesiapa yang berubah kepada Islam seperti Raja Habsyah, Raja Oman, Raja Bahrain dan lain-lain terus dikekalkan kedudukannya, ini menunjukkan bahawa konsepnya bukan mengubah orangnya sahaja tetapi mengubah dasar dan sistem.

Maka Islam menolak perubahan zahir dan diri tanpa perubahan aqidah, akhlak dan sikap kerana tiada mencapai maksud kebaikan dan kebajikan, serta nahi mungkar, dengan hanya sekadar meruntuhkan jahiliah dan diganti dengan jahiliah lain. Perubahan musim politik tanpa Islam yang berlaku di negara Arab menjadi iktibar. Tegasnya, tegakkan Islam dalam dirimu dan tegakkan juga Islam di dalam negaramu.

Khalifah Umar bin Al-Kahttab R.A. menegaskan:“Kembali kepada kebenaran itu lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan.”

Datuk Seri Abdul Hadi bersama Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Abdul Hadi turut menegaskan hanya kepemimpinan Muslim yang bersama Islam boleh menyelamatkan negara sama ada kembali kepada Islam atau perubahan kepada sesiapa sahaja yang menerima Islam yang sebenarnya, bagi mengisi mengikut acuan Islam yang telah ada dan melakukan perubahan di tempat yang perlu.


“Ketegasan Pas ini bukannya bersifat fanatik melulu, tetapi berpijak di atas ajaran Islam yang nyata sempurna yang tidak ada dalam ideologi atau teori ciptaan manusia.

“Maka Pas tidak boleh terikut dengan pihak yang lain atau sekadar dipergunakan oleh pihak yang berbeza dasar dan hala tujunya.

“Pas boleh bekerjasama dan bersefahaman dengan semua pihak yang tidak mengacau dasar Islam dan halatuju wawasannya yang berkekalan.

“Bahtera Pas tidak boleh disertai oleh golongan yang lain tujuannya, walaupun ahli Pas tidak mengenalinya tetapi kami percaya kepada jaminan Allah yang memelihara Islam dan perjuangannya.
Pas katanya lagi, berusaha mendapat keyakinan rakyat dengan tegas kepada keyakinan Pas sendiri berpegang kepada Islam, disertakan hujah yang diucap, yang tersurat dan tersirat dengan ikhlas yang diketahui Allah. Pas beramal dengan kemampuan kemenangannya di Kelantan sehingga kini dan ketika Pas memimpin Terengganu dan Kedah yang boleh dibuat perbandingan oleh semua pihak dengan mereka yang juga memerintah mengikut bidang kuasanya.

Pas ujarnya lagi, tidak pernah jatuh dan kalah kerana kesilapan dasarnya, tetapi dijatuhkan oleh pihak lain yang bertembung dengan dasarnya.

“Sehingga kini Alhamdulillah, tidak ada seorang pun yang dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” ujarnya dalam tulisan di kolum Presiden.



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Pas bersama rakyat hadapi krisis keyakinan melalui Pilihan Raya

Sekianlah artikel Pas bersama rakyat hadapi krisis keyakinan melalui Pilihan Raya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pas bersama rakyat hadapi krisis keyakinan melalui Pilihan Raya dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/11/pas-bersama-rakyat-hadapi-krisis.html

Subscribe to receive free email updates: