Mahkamah kekal penjara 7 tahun terhadap polis sembunyi maklumat pengganas

Mahkamah kekal penjara 7 tahun terhadap polis sembunyi maklumat pengganas - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah kekal penjara 7 tahun terhadap polis sembunyi maklumat pengganas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah kekal penjara 7 tahun terhadap polis sembunyi maklumat pengganas
link : Mahkamah kekal penjara 7 tahun terhadap polis sembunyi maklumat pengganas

Baca juga


Mahkamah kekal penjara 7 tahun terhadap polis sembunyi maklumat pengganas

 
Jusninawati Abdul Hani didapati bersalah atas dakwaan sengaja tidak memasukkan maklumat berkaitan kegiatan pengganas.


Jusninawati-Abdul-Gani-2


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 7 tahun terhadap seorang anggota polis wanita kerana menyembunyikan maklumat aktiviti berkaitan keganasan daripada pihak berkuasa.

Panel 3 hakim terdiri daripada Datuk Wira Mohtarudin Baki, Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara menolak rayuan Koperal Jusninawati Abdul Gani terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya.

Hakim Mohtarudin yang mempengerusikan panel itu berkata mahkamah berpendapat bahawa isu yang dibangkitkan oleh peguamnya dalam rayuan itu tidak mempunyai merit.

Mahkamah Rayuan kemudiannya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati Jusninawati, 36, bersalah dan menjatuhi hukuman penjara 7 tahun terhadapnya.

Jusninawati, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, didakwa sengaja tidak memasukkan maklumat berkaitan kegiatan pengganas di ibu pejabat polis itu antara Ogos 2015 dan 22 Mac tahun lepas.

Pesuruhjaya kehakiman ketika itu, Datuk Nordin Hassan mendapati Jusninawati bersalah atas pertuduhan itu, dan menegaskan bahawa adalah tidak munasabah bagi tertuduh, seorang anggota polis, untuk menyembunyikan maklumat seperti itu daripada pihak berkuasa.

Jusninawati diwakili peguam Faizal Rahman dan Nik Zarith Nik Mustapha manakala Timbalan Pendakwa Raya Nurshafini Mustafha mewakili pendakwaan.



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Mahkamah kekal penjara 7 tahun terhadap polis sembunyi maklumat pengganas

Sekianlah artikel Mahkamah kekal penjara 7 tahun terhadap polis sembunyi maklumat pengganas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah kekal penjara 7 tahun terhadap polis sembunyi maklumat pengganas dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/11/mahkamah-kekal-penjara-7-tahun-terhadap.html

Subscribe to receive free email updates: