Judul : Kenapa Zamihan masih urus program pulih militan
link : Kenapa Zamihan masih urus program pulih militan
Kenapa Zamihan masih urus program pulih militan
Oleh
KENAPA Putrajaya masih membiarkan pendakwah Zamihan Mat Zin yang diharamkan memberi kuliah di Selangor dan Johor mengendalikan program pemulihan tahanan militan IS, soal Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Latheefa Koya.
Latheefa yang juga seorang peguam berkata pandangan ekstremis Zamihan sudah diketahui umum, daripada isu dobi untuk Muslim saja sehingga mengkritik surau di Pulau Pinang kerana membenarkan mangsa banjir bukan Islam berlindung.
“Bagaimana seorang pendakwah yang diharamkan bercakap di Selangor dan Johor dan menimbulkan begitu banyak kontroversi dengan melaga-lagakan orang Islam dan bukan Islam masih diberikan akses kepada tahanan IS?
“Saya menggesa Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi untuk menilai semula peranan Zamihan di penjara serta merta, terutamanya dengan tahanan berkaitan IS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Latheefa berkata memeranjatkan apabila Putrajaya masih membiarkan Zamihan mendapat akses kepada golongan “paling ekstrem” iaitu militan IS atau yang bersimpati kepada perjuangan kumpulan itu, selepas pelbagai kontroversi ditimbulkan pendakwah berkenaan.
Dua hari lalu, menulis di akaun Facebook rasminya, Zamihan menceritakan pengalamannya selepas mengendalikan program bersama tahanan militan IS di Tapah, Perak.
“Alhamdulillah. Baru selesai sesi deradikalisasi bersama mereka yang terlibat dengan kumpulan militan Daesh di Tapah. Sesi pencerahan berfokus kepada: Jihad bahasa dan Istilah, ayat dan hadis jihad, kronologi pensyariatan jihad, hukum jihad: fardu kifayah dan fardu ain, syarat jihad menerusi kitab al-Iqna' dan isu al-Salab, al-Faei, al-Ghanimah, peranan pemerintah, askar dan polis dlm negara Islam dan lain-lain.
“Sesi berjalan dengan ceria dan rancak tanpa henti selama empat jam lebih sambil melayan semua soalan yang dibangkitkan. Semoga Allah memberi taufik dan hidayahnya kepada kita semua atas perkara yang disukai lagi diredainya. Saksikanlah Ya Allah, aku telah membimbing mereka,” tulis Zamihan.
Sebelum ini, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Maszlee Malik berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) wajar membentangkan laporan yang telus mengenai program pemulihan itu kerana pemikiran Zamihan dilihat berisiko menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia.
Katanya, masyarakat wajar berasa bimbang dan mendesak laporan itu kerana Zamihan menunjukkan aliran pemikiran yang menyebar rasa kebencian dalam kalangan orang Islam terhadap orang bukan Melayu dan Islam.
Beliau berkata program pemulihan yang baik yang dibuat oleh kerajaan itu jangan nanti jadi seperti "terlepas dari mulut buaya, masuk pula ke mulut harimau”.
Zamihan sebelum ini ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana kenyataannya yang didakwa mengkritik Sultan Johor berhubung titah mengenai kedai dobi layan diri untuk Muslim saja.
Dalam kuliahnya di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Shah Alam bulan lalu, Zamihan turut membuat kenyataan yang dianggap menghina kaum Cina.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed pada 13 Oktober lalu memberitahu , KDN akan mengkaji kedudukan Zamihan dalam program pemulihan itu-/TMI
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Kenapa Zamihan masih urus program pulih militan
Sekianlah artikel Kenapa Zamihan masih urus program pulih militan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kenapa Zamihan masih urus program pulih militan dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/11/kenapa-zamihan-masih-urus-program-pulih.html