Judul : Jais tidak jamin 486 guru kontrak untuk jawatan tetap
link : Jais tidak jamin 486 guru kontrak untuk jawatan tetap
Jais tidak jamin 486 guru kontrak untuk jawatan tetap
Walaupun mereka sudah mengikuti kursus, Jais tidak beri jaminan untuk mereka diserap ke jawatan tetap.
SHAH ALAM: Kerajaan negeri tidak memberi sebarang jaminan kepada 486 guru kontrak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dilantik untuk jawatan tetap perkhidmatan awam walaupun sudah mengikuti kursus perguruan ditetapkan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata guru kontrak berkenaan sebaliknya perlu mengikuti prosedur bagi permohonan jawatan tetap selain menghadiri proses temuduga.
“Kursus atau program yang mereka (guru kontrak Jais) hadiri itu untuk menaik taraf kemahiran dalam bidang perguruan…tentang serapan ke jawatan tetap, kita tiada proses itu. Mereka kena ikut prosedur biasa untuk jawatan tetap.
“Walaupun setelah mengikuti kursus, tiada jaminan untuk diserap ke jawatan tetap,” katanya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan tambahan daripada Sallehen Mukhyi (PAS-Sabak) mengenai pertimbangan kerajaan negeri menyerap guru kontrak JAIS ke jawatan tetap.
Terdahulu, Ahmad Yunus (PAS-Sijangkang) memaklumkan setakat ini 1,028 guru tetap gred DG29 hingga DG52 berkhidmat bawah Jais.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan dan Pengangkutan negeri Datuk Teng Chang Khim mengakui China negara berpotensi ditarik masuk sebagai pelabur memandangkan ia kuasa ekonomi ke-2 terbesar dunia.
Malah, katanya hubungan diplomatik terjalin antara Malaysia dan China selama ini menguatkan lagi langkah mewujudkan peluang pelaburan dari negara itu.
“Untuk Selangor, kita cari pelaburan merangkumi banyak aspek contohnya jika ingin kembangkan industri halal, kita cari peluang dalam sektor itu, kalau e-dagang, kita cari peluang sektor itu pula,” katanya bagi menjawab pertanyaan tambahan Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN-Batang Kali).
Mat Nadzari ingin mengetahui status misi mencari peluang pelaburan kerajaan negeri ke China dan jika ia membawa potensi besar untuk Selangor.
Sebelumnya, Teng (DAP-Sungai Pinang) memberitahu kerajaan negeri melakukan pelbagai inisiatif agar Selangor terus menjadi destinasi pelaburan utama antaranya meningkatkan usaha promosi di luar negara sebagai strategi jangka panjang dan penjenamaan kawasan perindustrian di negeri itu yang berpotensi melalui media cetak dan elektronik.
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Jais tidak jamin 486 guru kontrak untuk jawatan tetap
Sekianlah artikel Jais tidak jamin 486 guru kontrak untuk jawatan tetap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jais tidak jamin 486 guru kontrak untuk jawatan tetap dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/11/jais-tidak-jamin-486-guru-kontrak-untuk.html