Elak jadi bangsa badut, Sultan Nazrin ingatkan Melayu

Elak jadi bangsa badut, Sultan Nazrin ingatkan Melayu - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Elak jadi bangsa badut, Sultan Nazrin ingatkan Melayu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Elak jadi bangsa badut, Sultan Nazrin ingatkan Melayu
link : Elak jadi bangsa badut, Sultan Nazrin ingatkan Melayu

Baca juga


Elak jadi bangsa badut, Sultan Nazrin ingatkan Melayu

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mahu orang Melayu membuktikan mereka bangsa yang bermaruah dan memiliki harga diri supaya tidak menjadi bahan ketawa.
“Melayu itu hendaklah berimej orang yang dihormati, bukan orang yang ditakuti,” baginda berucap ketika merasmikan Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) semalam.
“Buktikan bangsa Melayu bangsa yang pintar, dengan menghentikan perbuatan mengolah cipta pelbagai penglipur lara untuk dijadikan halwa telinga, atau berimej badut hingga dijadikan bahan ketawa. Setiap kegagalan – setiap kesilapan, yang dilakukan oleh anak Melayu, aibnya ditanggung oleh seluruh bangsa.”
Sultan Nazrin mengakui masyarakat Melayu merupakan bangsa yang sensitif, tetapi adalah lebih penting membuktikan mereka juga memiliki sifat seperti menepati janji, membayar balik hutang dan tidak berdusta.
“Muliakan bangsa Melayu, dengan memperkayakan sopan dan tertibnya, adat dan adabnya, hemah dan budinya.”
Menurutnya, orang Melayu perlu menyerahkan amanah kepada Melayu yang benar-benar berwibawa dan berpengetahuan “daripada menyerahkan kepada orang perantaraan yang bersifat parasit, berniaga secara buluh kasap, untung tiada, modal pun lesap”.
Dalam ucapannya, Sultan Nazrin turut menceritakan sejarah awal penubuhan UiTM dalam usaha memberikan peluang kepada Bumiputera.
Antara yang disentuh ialah perbahasan di Parlimen pada 1976, ketika beberapa ahli Parlimen termasuk Lim Kit Siang menyeru supaya Institut Teknologi Mara dibuka kepada rakyat semua kaum.
Idea itu bagaimanapun ditolak menteri pelajaran ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, yang berhujah perpaduan tidak wajar hanya didesak untuk dilaksanakan di ITM sedangkan ada wakil rakyat pembangkang menuntut ditambah penubuhan sekolah Cina dan Tamil.
“Dr Mahathir menyeru agar mereka yang bersungguh mahu merealisasikan agenda perpaduan nasional untuk membuktikannya dengan menghantar anak-anak ke Sekolah Kebangsaan,” menurut Sultan Nazrin yang menyorot kembali perbahasan di Dewan Rakyat.
“Sebagai seorang yang berlatar belakang doktor perubatan, beliau turut mengukuhkan hujah, tidak akan membuka pintu ITM kepada bukan bumiputera, dengan mengambil contoh perbandingan kes perubatan arterio-venous shunt, satu analogi, hubungan saluran di antara arteri dengan vena.” - FMT


Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Elak jadi bangsa badut, Sultan Nazrin ingatkan Melayu

Sekianlah artikel Elak jadi bangsa badut, Sultan Nazrin ingatkan Melayu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Elak jadi bangsa badut, Sultan Nazrin ingatkan Melayu dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/11/elak-jadi-bangsa-badut-sultan-nazrin.html

Subscribe to receive free email updates: