DUN Selangor tolak usul BN mahu bahas isu hina Bugis

DUN Selangor tolak usul BN mahu bahas isu hina Bugis - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DUN Selangor tolak usul BN mahu bahas isu hina Bugis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DUN Selangor tolak usul BN mahu bahas isu hina Bugis
link : DUN Selangor tolak usul BN mahu bahas isu hina Bugis

Baca juga


DUN Selangor tolak usul BN mahu bahas isu hina Bugis

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: DUN Selangor hari ini menolak usul tergempar daripada ADUN Barisan Nasional yang mahu membahaskan isu kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menghina keturunan Bugis.
 
Speaker DUN, Hannah Yeoh menolak usul itu bagi memberi keutamaan kepada perbahasan Belanjawan Selangor 2018 yang perlu dibahas dan diluluskan dalam tempoh 4 hari.
 
Usul itu dicadangkan ADUN Kuang, Datuk Shukur Idrus untuk mendesak Selangor menghalang Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menggunakan mana-mana premis milik kerajaan negeri dan mahu polis tidak mengeluarkan permit ceramah kepada bekas perdana menteri itu.
 
Dalam usul yang diserahkan kepada Speaker semalam, Shukur berkata ia demi menjaga maruah dan kedaulatan Selangor.
 
“Usul tergempar ini akan menganggu tempoh perjalanan aturan urusan mesyuarat yang memerlukan RUU Pembekalan 2018 diluluskan dalam tempoh masa yang ditetapkan mengikut peraturan mesyuarat tetap Dewan Negeri Selangor,” kata Hannah.
 
Hannah yang juga ADUN Subang Jaya berkata, DUN Selangor menjunjung titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, maka DUN tidak akan mencampuri perkara itu memandangkan siasatan polis terhadap kenyataan Dr Mahathir itu masih berjalan.
 
Beliau juga berkata premis milik kerajaan negeri yang boleh disewakan kepada orang awam tertakluk kepada syarat yang ditetapkan dan syarat itu dikenakan ke atas semua pihak.
 
Dalam perhimpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokarasi di Padang Timur 14 Oktober lalu, Dr Mahathir menyebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mungkin berasal daripada lanun Bugis yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis.
 
Ekoran kenyataannya itu, pelbagai pihak termasuk yang mewakili masyarakat etnik tersebut mendesak Dr Mahathir supaya memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kata-katanya.
 
Bagaimanapun, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menafikan beliau menghina seluruh keturunan Bugis. 
 
Sultan Sharafuddin baru-baru ini menzahirkan rasa kecewa dan murka ekoran tindakan mantan perdana menteri itu dan bertitah kenyataan sedemikian boleh mengugat keharmonian dan perpaduan rakyat.
 
 


Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel DUN Selangor tolak usul BN mahu bahas isu hina Bugis

Sekianlah artikel DUN Selangor tolak usul BN mahu bahas isu hina Bugis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DUN Selangor tolak usul BN mahu bahas isu hina Bugis dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/11/dun-selangor-tolak-usul-bn-mahu-bahas.html

Subscribe to receive free email updates: