Judul : Cara Agihan Bantuan Guan Eng Untuk Mangsa Banjir Kelantan 2014 Dipertikai – Dr Kamarul
link : Cara Agihan Bantuan Guan Eng Untuk Mangsa Banjir Kelantan 2014 Dipertikai – Dr Kamarul
Cara Agihan Bantuan Guan Eng Untuk Mangsa Banjir Kelantan 2014 Dipertikai – Dr Kamarul
Dr Kamarul Zaman Yusoff
Walaupun Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dilihat begitu kritikal sekali terhadap Kerajaan Kelantan dan PAS sewaktu Kelantan dilanda banjir besar pada akhir tahun 2014 dahulu, perlu diakui bahawa beliau memang ada menyumbangkan dana, sama ada bagi pihak Kerajaan Pulau Pinang atau bagi pihak DAP, bagi membantu mangsa banjir di Kelantan.
Jelas tercatat pada akaun Facebook Lim Guan Eng dan akaun Facebook Anthony Loke Siew Fook pada 9 Januari 2015 mengenai agihan sumbangan dana ini.
Mengikut catatan-catatan tersebut, dana RM1.15 juta sumbangan Kerajaan Pulau Pinang diagihkan kepada:
1) Kerajaan Negeri Kelantan (Tabung Serambi Mekah) – RM250,000
2) Yayasan Darul Hijrah (yang dipengerusikan oleh Datuk Husam Musa) – RM200,000
3) Badan Kebajikan Parlimen Kuala Krai – RM200,000
4) Pertubuhan “R” Kelantan – RM200,000
5) 6 NGO – RM260,000
6) SJK (C) Gua Musang – RM20,000
7) SJK (C) Chung Hwa, Temangan, Machang – RM20,000
Mengikut catatan-catatan tersebut juga, dana RM200,000 sumbangan DAP diagihkan kepada:
1) Yayasan Darul Hijrah (yang dipengerusikan oleh Datuk Husam Musa) – RM 50,000
2) Badan Kebajikan Kuala Krai – RM 100,000
3) SJKC Yuk Chai, Kuala Krai – RM 50,000
Saya tidak mempunyai rekod mengenai identiti 6 NGO ini, sekadar ingat-ingat lupa sahaja.
Bagaimanapun, semalam, Ustaz Che Ibrahim Mohamed telah mengesahkan menerima dana RM60 ribu bagi pihak PASMA Kelantan.
Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, juga ada menulis pada 29 Januari 2015 begini: “Apapun, terima kasih terhadap huluran derma RM40 ribu untuk Jabatan Amal Kelantan.
Sedikit kecewa kerana pihak Dewan Pemuda PAS Kelantan bahkan Jabatan Amal hanya mengetahuinya selepas ia diserahkan oleh pihak Yang Amat Berhormat kepada pihak ketiga. Jika kami mengetahuinya terlebih awal, sudah tentu kami sendiri akan menyambut dari tangan Yang Amat Berhormat.”
Portal berita DAP, Roketkini, bagaimanapun tidak memberikan gambaran yang tepat mengenai agihan sumbangan dana Kerajaan Pulau Pinang dan DAP ini di mana sesatunya laporannya mengenai agihan sumbangan dana ini mencatitkan pada 10 Januari 2015 begini:
“Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyerahkan sumbangan wang berjumlah RM1.15 juta dan barangan keperluan asas mangsa banjir, sebahagian dari keseluruhan RM1.5 juta sumbangan kepada wakil negeri Kelantan, semalam. Penyerahan sumbangan wang dalam bentuk cek kepada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan negeri Kelantan oleh Guan Eng kepada ADUN Salor, Datuk Husam Musa dibuat dalam satu majlis ringkas disaksikan orang ramai di hadapan Pasar Kuala Krai.
Meskipun bukan majlis rasmi, penduduk Kuala Krai yang menyaksikan upacara tersebut turut mengucapkan terima kasih dan mengambil peluang bersalaman dan bergambar bersama pimpinan Pakatan Rakyat. Hadir sama, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli, Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke dan Exco Pulau Pinang Datuk Malik Kasim.”
Jika dilihat kepada catatan Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, serta beberapa catatan pihak lain, apa yang menimbulkan sedikit keributan dalam soal ini hanyalah tindakan Lim Guan Eng menyerahkan sumbangan dana itu bukan melalui wakil rasmi Kerajaan Kelantan sahaja yang memberikan gambaran seolah-olah beliau cuba berpolitik.
*Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Cara Agihan Bantuan Guan Eng Untuk Mangsa Banjir Kelantan 2014 Dipertikai – Dr Kamarul
Sekianlah artikel Cara Agihan Bantuan Guan Eng Untuk Mangsa Banjir Kelantan 2014 Dipertikai – Dr Kamarul kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Cara Agihan Bantuan Guan Eng Untuk Mangsa Banjir Kelantan 2014 Dipertikai – Dr Kamarul dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/11/cara-agihan-bantuan-guan-eng-untuk.html