Judul : Bencana banjir di Pulau Pinang tak jejas pemilihan semula CEC
link : Bencana banjir di Pulau Pinang tak jejas pemilihan semula CEC
Bencana banjir di Pulau Pinang tak jejas pemilihan semula CEC
Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
KUALA LUMPUR: Pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP tetap diteruskan pada 12 November ini, meskipun Pulau Pinang sedang berdepan dengan bencana banjir.
Perkara itu dinyatakan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua ketika ditemui pemberita di Dewan Rakyat, hari ini.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang juga akan hadir pada pemilihan semula parti itu Ahad ini.
"Kita akan teruskan juga, tidak ada penangguhan kerana ia (berlangsung) sehari sahaja. Guan Eng juga akan datang," kata Tony.
Banjir di Pulau Pinang bermula pada hujung minggu lalu dan dikatakan sebagai bencana terburuk dalam sejarah negeri itu.
Pemilihan semula CEC DAP itu akan diadakan di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam.
Proses pemilihan itu akan diselia oleh sebuah firma audit bebas yang dipilih DAP, Grant Thornton yang beribu pejabat di Amerika Syarikat.
Untuk rekod pada 7 Julai lalu, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) meminta DAP mengadakan pemilihan semula CEC ekoran pelantikan ahli CEC dan pemegang jawatan utama DAP pada 29 September 2013 dianggap tidak sah dari segi undang-undang.
Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, pemilihan semula itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Disember 2012, yang melibatkan seramai 2576 perwakilan dari 865 cawangan.
Mohamad Razin berkata pemilihan semula CEC yang baru adalah perlu bagi memilih 20 orang anggota yang sah berpandukan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP untuk membolehkan pemilihan itu diiktiraf RoS.
Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang yang juga Penasihat DAP juga akan bertanding dalam pemilihan jawatan parti itu. Kedua-dua pemimpin tertinggi DAP itu sebelum ini banyak menerima gesaan daripada akar umbi agar berhenti dan tidak lagi mendominasi parti.
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Bencana banjir di Pulau Pinang tak jejas pemilihan semula CEC
Sekianlah artikel Bencana banjir di Pulau Pinang tak jejas pemilihan semula CEC kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bencana banjir di Pulau Pinang tak jejas pemilihan semula CEC dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/11/bencana-banjir-di-pulau-pinang-tak.html