[VIDEO] MP cabar Dzulkifli nafi dakwaan hubungan sulit

[VIDEO] MP cabar Dzulkifli nafi dakwaan hubungan sulit - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [VIDEO] MP cabar Dzulkifli nafi dakwaan hubungan sulit, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [VIDEO] MP cabar Dzulkifli nafi dakwaan hubungan sulit
link : [VIDEO] MP cabar Dzulkifli nafi dakwaan hubungan sulit

Baca juga


[VIDEO] MP cabar Dzulkifli nafi dakwaan hubungan sulit



Anggota Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo hari ini mencabar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad supaya tampil menafikan dakwaan hubungan sulit yang membabitkan dirinya.
Katanya, penafian itu perlu  agar, apa yang berlaku itu tidak terus menerus memberi imej yang buruk kepada SPRM di mata masyarakat.
"Dzulkifli kena menjawab spekulasi bahawa individu itu yang sedang beredar di kalangan orang ramai adalah dirinya. Sekiranya itu bukan dirinya, maka saya minta beliau nyatakan perkara itu secara terbuka.
"Tindakan itu perlu untuk membersihkan nama dirinya yang mempunyai kedudukan di dalam SPRM, PDRM atau mana-mana agensi penyiasatan perlu sedar bahawa imej agensi mereka tidak boleh dikompromi dalam apa jua keadaan sekalipun.
“Ini adalah untuk memastikan keyakinan masyarakat terhadap mereka," katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.
Bagaimanapun, ditanya sama ada perlu Dzulkifli meletakkan jawatannya, Gobind yang juga ahli jawatankuasa pusat DAP berkata, tidak buat masa ini.
"Itu (letak jawatan) untuk masa yang lain. Untuk masa sekarang, kita tidak membuat dakwaan, tetapi sebagai MP ini adalah tanggungjawab kita untuk membangkitkan perkara ini,” kata Gobind.
Rakaman yang mendakwa Dzulkifli terlibat dalam hubungan sulit dengan isteri orang, sehingga menjadi punca penceraian wanita itu, tersebar di media sosial.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Haron sebelum ini berkata polis sedang menyiasat perkara itu bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan selepas menerima laporan polis berhubung video berkenaan.
Seksyen 498 menyebut memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan tujuan untuk mengadakan hubungan seks adalah satu kesalahan jenayah.
Dzulkifli sebelum ini menyifatkan dakwaan itu sebagai "serangan kotor dan jijik" dan berpunca daripada tindakan agresif SPRM membanteras rasuah.
Menurutnya, usaha memfitnahnya itu perlakuan yang jijik dan kotor serta berkata beliau tidak akan tunduk tetapi berikrar akan terus menjalankan tanggungjawabnya membersihkan negara dari segala gejala rasuah.
Pejabat Peguam Negara juga menubuhkan satu pasukan petugas khas untuk memantau dengan teliti siasatan berhubung dakwaan ketua pesuruhjaya SPRM itu cuba memikat isteri orang. - MK


Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel [VIDEO] MP cabar Dzulkifli nafi dakwaan hubungan sulit

Sekianlah artikel [VIDEO] MP cabar Dzulkifli nafi dakwaan hubungan sulit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [VIDEO] MP cabar Dzulkifli nafi dakwaan hubungan sulit dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/10/video-mp-cabar-dzulkifli-nafi-dakwaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :