PAS K'tan pertahan tindakan, undang-undang larang buka aurat wujud sejak 1985

PAS K'tan pertahan tindakan, undang-undang larang buka aurat wujud sejak 1985 - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS K'tan pertahan tindakan, undang-undang larang buka aurat wujud sejak 1985, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS K'tan pertahan tindakan, undang-undang larang buka aurat wujud sejak 1985
link : PAS K'tan pertahan tindakan, undang-undang larang buka aurat wujud sejak 1985

Baca juga


PAS K'tan pertahan tindakan, undang-undang larang buka aurat wujud sejak 1985

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS Kelantan mempertahankan tindakannya mendenda seorang lelaki kerana berseluar pendek ketika bermain futsal, dengan berkata undang-undang mengenai larangan itu sudah wujud sejak 1985.
 
Menurut Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) Che Mohd Rahim Jusoh kemudiannya berkata perkata itu tidak perlu diperbesarkan memandangkan ia berkaitan dengan cara menutup aurat.
 
Beliau merujuk Seksyen 5(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan 1985, umat Islam yang berpakaian tidak menutup aurat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara enam bulan.
 
“Undang-undang itu sudah termaktub sejak 1985, yang bertujuan mendidik umat Islam me­makai pakaian sopan dan juga menanam kesedaran kepada remaja berhubung dengan pakaian menutup aurat," katanya memetik laporan Utusan Malaysia hari ini.
 
Undang-undang itu juga terpakai ketika Umno memerintah negeri itu, sebelum PAS mengambilalih pentabiran negeri pada 1990.
 
Merujuk enakmen itu, mana-mana individu yang memakai seluar pendek paras atas lutut dan perempuan yang berseluar serta berbaju ketat, berlengan pendek, tidak bertudung, adalah kesalahan dalam adab berpakaian.
 
“Saya meminta semua pihak tidak menjadikan perkara ini sebagai isu besar atau mencipta konflik antara orang Islam dengan bukan Islam di negeri ini,” katanya.
 
Untuk rekod pada 25 September lalu, seorang lelaki Islam didenda sebanyak RM1,000 oleh pihak berkuasa agama kerana memakai seluar pendek untuk bermain futsal.
 
Lelaki itu diberi notis untuk menghadiri kaunseling, dan jika dia gagal berbuat demikian, lelaki itu boleh dihadapkan ke mahkamah syariah, selain didenda jika dapati bersalah.
 
Dalam pada itu Che Mohd Rahim menambah pemantauan akan dilakukan secara kerap agar kesemua pihak dapat mengikuti undang-undang berkenaan.
 
“Peraturan tersebut bukan untuk menghukum, sebaliknya ingin memberi kesedaran supaya mereka lebih bersopan dalam adab berpakaian.
 
“Setakat ini, dua orang telah dikenakan denda berhubung kesalahan tersebut,” katanya.
 
Sementara itu Che Mohd Rahim berkata tindakan sama boleh diambil terhadap pemain bola sepak yang memakai seluar atas paras lutut.
 
Namun memaklumkan tiada sebarang tindakan diambil lagi terhadap mereka.
 
 


Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel PAS K'tan pertahan tindakan, undang-undang larang buka aurat wujud sejak 1985

Sekianlah artikel PAS K'tan pertahan tindakan, undang-undang larang buka aurat wujud sejak 1985 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS K'tan pertahan tindakan, undang-undang larang buka aurat wujud sejak 1985 dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/10/pas-ktan-pertahan-tindakan-undang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :