Jangan takut bercakap tentang Melayu, Islam

Jangan takut bercakap tentang Melayu, Islam - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan takut bercakap tentang Melayu, Islam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan takut bercakap tentang Melayu, Islam
link : Jangan takut bercakap tentang Melayu, Islam

Baca juga


Jangan takut bercakap tentang Melayu, Islam




Dr Muhaimin Sulam

Perwakilan AMANAH Perak, Dr Muhaimin Sulam menyeru supaya asas perlembagaan negara dipertahankan memandangkan hal tersebut adalah simbol dan inti kewujudan negara ini.

Katanya, AMANAH harus berjuang berdasarkan Rukun Negara serta berpegang pada prinsip kebenaran dan nilai-nilai kemanusiaan yang terkandung dalam Perlembagaan.

“Kita mahu perubahan isi bukan sekadar perubahan kulit. Jangan sampai musnah negara dan ummah.

“Jangan ekstrem kanan. Jangan ekstrem kiri. Jadi golongan wassatiyah bukan wassatiyah slogan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian, dalam perbahasan Pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional AMANAH 2017 di Alor Setar, Kedah hari ini.

Menurutnya, AMANAH Perak bimbang dengan ‘keganasan senyap’ terhadap simbol-simbol kewujudan sesebuah negara.

“Keghairahan kita hendak menguasai Putrajaya usah melupakan persoalan fundamental dalam masyarakat kita.

“Jangan cabut asas negara kita berasaskan demokrasi berparlimen dengan cara yang liberal dan progresif seperti layang-layang putus talinya.

“Nanti kita akan jadi bidak-bidak di papan catur yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran,” ujarnya.
Sehubungan itu, Naib Presiden AMANAH Perak berkenaan mengingatkan persoalan berkaitan Melayu, Islam, bahasa dan budaya sebagai citra negara ini.
“Sejarah Malaysia dibentuk harus difahami seluruh rakyat negara ini.

“Istilah Malaysia sudah mulai disebut sejak kurun ke-19 yang bermaksud ‘tanah bangsa Melayu’.

“Ini bukan soal rasis tapi fakta. Jangan takut apabila bercakap tentang Melayu dan Islam. Ini simbol-simbol terbinanya sebuah negara bangsa.

“Yang kita tentang (lawan) Melayu korup, assabiyah, perkauman. Tapi dalam kita berlawan, jangan sampai kaum ini mati,” ujarnya.

Dr Muhaimin selanjutnya berkata, Perlembagaan negara ini bersifat dinamik lantaran menggabungkan unsur-unsur tradisi dan moden dalam kerangka bernegara.

“Jangan biarkan Melayu itu sengsara di buminya sendiri. Kaum-kaum lain wajib bantu Melayu yang sengsara.

“Ini sosial kontrak. Dalam Pakatan Harapan begitu, politik persefahaman kita mesti berasaskan kontrak sosial,” jelasnya.

Bagaimanapun, AMANAH Perak jelasnya, melontarkan persoalan tentang sejauhmana parti itu membawa perubahan dalam mengimbangi nilai progresif dan konservatif serta pendekatan liberal dengan tradisi.

“AMANAH Perak bersetuju dengan penegasan Presiden supaya keluar dari kepompong politik perkauman dan ekstremis agama,” tambahnya lagi.

Sementara itu, speaker konvensyen, Onn Jaafar memaklumkan kutipan sumbangan pada hari ini berjumlah RM6,265 termasuk mata wang Thailand.




Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Jangan takut bercakap tentang Melayu, Islam

Sekianlah artikel Jangan takut bercakap tentang Melayu, Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan takut bercakap tentang Melayu, Islam dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/10/jangan-takut-bercakap-tentang-melayu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :