Tribunal Dapati Myanmar BERSALAH atas Jenayah GENOSID (Penghapusan Etnik)

Tribunal Dapati Myanmar BERSALAH atas Jenayah GENOSID (Penghapusan Etnik) - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tribunal Dapati Myanmar BERSALAH atas Jenayah GENOSID (Penghapusan Etnik), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tribunal Dapati Myanmar BERSALAH atas Jenayah GENOSID (Penghapusan Etnik)
link : Tribunal Dapati Myanmar BERSALAH atas Jenayah GENOSID (Penghapusan Etnik)

Baca juga


Tribunal Dapati Myanmar BERSALAH atas Jenayah GENOSID (Penghapusan Etnik)


KUALA LUMPUR 22 Sept. - Tribunal Awam Tetap (PPT) mengenai Myanmar hari ini mendapati negara itu bersalah atas jenayah genosid (penghapusan etnik) terhadap minoriti Kachin dan kumpulan Islam yang lain termasuk Rohingya.

Dalam keputusan sebulat suara, pengerusi tribunal, Daniel Feierstein yang mengetuai panel tujuh anggota itu, memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes tanpa keraguan yang munasabah.

“Tribunal mencapai kesepakatan dengan memutuskan bahawa negara Myanmar mempunyai niat untuk melakukan pembunuhan secara beramai-ramai terhadap etnik Kachin dan masyarakat minoriti Islam yang lain. Selanjutnya, negara Myanmar bersalah atas jenayah genosid ke atas kumpulan Rohingya,” kata Feierstein.

Ketika membacakan penghakiman, Feierstein berkata, semua jenayah yang tidak dihukum ini telah dilakukan dan sedang diperlakukan oleh tentera Myanmar dan oleh rejim yang berkuasa di negara itu yang seolah-olah menjadi sebahagian daripada rancangan.

“(Dengan niat) untuk menafikan sebarang pengungkapan autonomi dan kerajaan sendiri masyarakat wilayah Kachin dan secara lebih umum, untuk meng­aibkan dan untuk menghapuskan identiti etnik dan budaya golo­ngan minoriti yang tinggal di Burma,” kata beliau.

Tribunal itu mencapai keputusan selepas mendengar dan menganalisis hujah-hujah pihak pendakwaan, pandangan saksi-saksi pakar dan keterangan mang­sa sepanjang perbicaraan selama lima hari yang berakhir hari ini.

Keputusan tribunal akan dimaklumkan kepada pelbagai badan hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) termasuk Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva dan Pejabat Penasihat mengenai Pencegahan Genosid di New York.

Enam hakim lain terdiri daripada Zulaiha Ismail (Malaysia), Helen Jarvis (Kemboja-Australia), Gill H.Boehringer (Australia), Nursyahbani Katjasungkana (Indonesia), Shadi Sadr (Iran) dan Nello Rossi (Itali).

Tribubal Awam Tetap Rakyat merupakan tribunal pendapat antarabangsa yang ditubuhkan di Bologna (Itali) pada 1979. Sejak penubuhannya, tribunal telah mengadakan 43 sesi mengenai pelbagai kes pencabulan hak asasi manusia dan rakyat.

Tribunal juga mengemukakan 17 syor berikutan penghakiman hari ini.

Antara syor yang diumumkan ialah pakej gencatan senjata de­ngan segera dan de-militerisasi dengan semua kumpulan bersenjata di wilayah Rakhine dan tentera Myanmar termasuk mewujudkan zon de-militerisasi di sepanjang sempadan di wilayah Rakhine di Utara. – BERNAMA


Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Tribunal Dapati Myanmar BERSALAH atas Jenayah GENOSID (Penghapusan Etnik)

Sekianlah artikel Tribunal Dapati Myanmar BERSALAH atas Jenayah GENOSID (Penghapusan Etnik) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tribunal Dapati Myanmar BERSALAH atas Jenayah GENOSID (Penghapusan Etnik) dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/09/tribunal-dapati-myanmar-bersalah-atas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :