Judul : Selangor bayar RM211.8 juta kepada waris SMUE sehingga Julai
link : Selangor bayar RM211.8 juta kepada waris SMUE sehingga Julai
Selangor bayar RM211.8 juta kepada waris SMUE sehingga Julai
OLEH NAZLI IBRAHIMSHAH ALAM: Walaupun berhabis berbilion ringgit, namun kebajikan rakyat dalam pelbagai aspek kehidupan terus mendapat keutamaan Kerajaan Negeri termasuk ketika berhadapan dengan detik kehilangan orang tersayang.
Hal ini dapat dilihat apabila sehingga 31 Julai 2017, Kerajaan Negeri membelanjakan RM211,877,000 untuk khairat kematian kepada waris peserta Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi membantu meringankan tanggungan perbelanjaan urusan pengkebumian dan urusan lain selepas kematian si mati.
Statistik terbaru dikeluarkan laman sesawang Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) bagi program yang diperkenalkan selepas Pakatan menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri pada 2008 itu juga menunjukkan sebanyak 83,964 keluarga atau waris si mati telah menerima bayaran penuh berjumlah RM2,500.
Statistik Skim Mesra Usia Emas sehingga 31/07/2017Sementara itu seramai 1,749 waris lagi masih menunggu proses untuk bayaran kedua yang dijalankan dari semasa ke semasa.
Statistik itu juga menunjukkan bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Julai Kerajaan Negeri membelanjakan RM18,100,000 bagi meringankan tanggungan waris si mati.
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Selangor bayar RM211.8 juta kepada waris SMUE sehingga Julai
Sekianlah artikel Selangor bayar RM211.8 juta kepada waris SMUE sehingga Julai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Selangor bayar RM211.8 juta kepada waris SMUE sehingga Julai dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/09/selangor-bayar-rm2118-juta-kepada-waris.html