KEADILAN Sarawak kesal penghulu naik pesawat tentera

KEADILAN Sarawak kesal penghulu naik pesawat tentera - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KEADILAN Sarawak kesal penghulu naik pesawat tentera, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KEADILAN Sarawak kesal penghulu naik pesawat tentera
link : KEADILAN Sarawak kesal penghulu naik pesawat tentera

Baca juga


KEADILAN Sarawak kesal penghulu naik pesawat tentera

KEADILAN DAILY

 

KEADILAN Sarawak membantah tindakan Putrajaya menggunakan pesawat tentera untuk mengangkut penghulu dan ketua kampung di negeri itu untuk ke ibu negara bagi menghadiri pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mengulas beberapa gambar penerbangan itu yang disebarkan di media sosial, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, Baru Bian berkata beliau “terkejut” dengan jenis pengangkutan yang digunakan.

“Saya benar-benar kasihan penghulu terpaksa diangkut sedemikian, pesawat tentera mengambil masa beberapa jam untuk tiba di Kuala Lumpur dan kerusinya tidak selesa.

“Jika benar bahawa pesawat tentera digunakan, ini adalah penyalahgunaan kuasa.

“Kamu tidak boleh menggunakan peralatan tentera untuk kepentingan politik… ini tindakan politik untuk mempengaruhi ketua-ketua kampung untuk mengundi BN, dan mereka sendiri dipergunakan untuk memastikan rakyat Sarawak memilih BN,” katanya, memetik laporan Malaysiakini.

Bian membuat kenyataan tersebut sebagai reaksi kepada beberapa gambar orang awam menaiki pesawat yang kelihatan seperti Airbus A400M Atlas tersebar di media sosial sejak semalam.

Gambar tersebut dikongsi Naib Ketua Wanita KEADILAN dari Sarawak, Voon Shiak Ni menerusi akaun Facebook peribadi beliau.

Empat keping gambar tersebut antara lain memaparkan sekumpulan lelaki sedang memasuki perut kapal terbang dan kemudian duduk di kerusi masing-masing dengan bagasi mereka dilonggokkan di kawasan tengah perut pesawat.

Difahamkan Angkatan Tentera Malaysia mempunyai empat pesawat sedemikian.



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel KEADILAN Sarawak kesal penghulu naik pesawat tentera

Sekianlah artikel KEADILAN Sarawak kesal penghulu naik pesawat tentera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KEADILAN Sarawak kesal penghulu naik pesawat tentera dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/09/keadilan-sarawak-kesal-penghulu-naik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :