Judul : Tiga suspek cetuskan kekecohan Forum Nothing To Hide 2.0, direman
link : Tiga suspek cetuskan kekecohan Forum Nothing To Hide 2.0, direman
Tiga suspek cetuskan kekecohan Forum Nothing To Hide 2.0, direman
ANTARAPOS.COMSHAH ALAM: Tiga remaja yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan program Nothing To Hide 2.0 di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 semalam direman selama empat hari bermula hari ini.
Perintah tahanan reman ke atas tiga individu berusia 17 hingga 19 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.
Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 15 (2) (d) Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 153, Seksyen 153 Kanun Keseksaan melakukan provokasi dengan niat menyebabkan rusuhan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Program Nothing To Hide 2.0 semalam dicemari dengan insiden balingan mercun suar dan kerusi yang dituju kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang, sewaktu Dr. Mahathir sedang menjawab soalan daripada penonton berkenaan tragedi Memali yang berlaku di Baling, Kedah pada tahun 1985.
Susulan kejadian itu, tiga remaja berusia 17 hingga 19 tahun ditahan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Tiga suspek cetuskan kekecohan Forum Nothing To Hide 2.0, direman
Sekianlah artikel Tiga suspek cetuskan kekecohan Forum Nothing To Hide 2.0, direman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiga suspek cetuskan kekecohan Forum Nothing To Hide 2.0, direman dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/08/tiga-suspek-cetuskan-kekecohan-forum.html