Judul : "Sultan Johor", Pemegang Saham Individu Kedua Terbesar 7-Eleven
link : "Sultan Johor", Pemegang Saham Individu Kedua Terbesar 7-Eleven
"Sultan Johor", Pemegang Saham Individu Kedua Terbesar 7-Eleven
KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar muncul sebagai pemegang saham individu ke-2 terbesar dalam 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd dengan kepentingan 8.44 peratus selepas mengambil alih 93.70 juta saham dalam rantaian kedai serbaneka itu sejak Julai 2017.
Pemegang saham terbesar 7-Eleven Malaysia, Tan Sri Vincent Tan berkata, tindakan Sultan Ibrahim menambah pegangan dalam 7-Eleven Malaysia adalah baik untuk syarikat tersebut kerana baginda terkenal sebagai pelabur yang bijak dengan memilih syarikat dan perniagaan yang mempunyai asas yang kukuh serta potensi pertumbuhan yang baik.
Pengerusi 7-Eleven Malaysia, Tan Sri Abdull Hamid Embong berkata, tindakan Sultan Johor itu mencerminkan keyakinan baginda dalam prestasi dan masa depan 7-Eleven Malaysia.
“Kami yakin dengan adanya pemegang saham sekaliber Tuanku, kedudukan 7-Eleven dalam industri runcit akan dapat diperkukuhkan lagi,” tambahnya.
Ditubuhkan pada 1984, 7-Eleven adalah pengendali kedai serbaneka 24 jam perintis dan terbesar di Malaysia dengan lebih 2,100 outlet di seluruh negara. #sumber
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel "Sultan Johor", Pemegang Saham Individu Kedua Terbesar 7-Eleven
Sekianlah artikel "Sultan Johor", Pemegang Saham Individu Kedua Terbesar 7-Eleven kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel "Sultan Johor", Pemegang Saham Individu Kedua Terbesar 7-Eleven dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/08/sultan-johor-pemegang-saham-individu.html